Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Wednesday, August 21, 2013

Tutorial 1 ~ Cara potong jubah mekah : Size 7 tahun

Assalamualaikum..

Lama tak update blog nuh? :p

Sy nak kongsi cara buat jubah mekah mcm baju anak2 sy nie




Material denim lycra, bidang 60



Ukuran based on baju t shirt anak

dada 8 + 2 = 10 , dada sy tambah 2 inci ( jumlah ada pertambahan 2 inci) sbb sy nak longgar n mudah nak sarung bila pakai baju



1) Labuh baju 35.5 tambah dalam 1 inci utk basi jahit bawah = 36.5. Lipat dua dan tanda labuh baju. 

~ jubah mekah tak ada potong di bahu, itu sebab kita kena lipat DUA



2) Lipat 12 inci, sebab buka bawah jubah 12 inci.. tambah la dalam suku inci utk basi jahitan



3) Gunting lebar bawah jubah 12.25 inci



4) ambil t shirt n letak mcm nie... td sy ada mention sy nak tambah 2 inci utk dada, jadi sy offset kan 2 inci utk dapat tambahan dada 2 inci.




5) Ambil tali tape, hubungkan bawah ketiak sampai bawah jubah tadi... sy guna tali tape nie just utk dapatkan garis lurus sahaja, bagi senang gunting



6) Gunting & gunting membelok di bahagian ketiak hingga ke hujung lengan



7) Luas hujung lengan = ukuran ketiak- 1" . Kita tolak dalam 1 inci utk bagi cantik bentuk ketiak dan tak membelok sangat ~ kalau guna kain cotton.. bagi senang nak jahit, membelok teruk sangat... nanti tak kemas jahit,



8 ) Tanda ukuran bahu yg telah di bahagi 2 + panjang lengan - 1"

ukuran bahu = 12 inci bahagi 2 = 6 inci

panjang lengan = 6 inci

tolak 1 inci kerana di hujung lengan kita akan jahit bias tape dan ukuran bias itu anggaran dalam 1 inci

Jadinya : 12 bahagi 2 + 6 -1 = 11 inci ( ukuran bahu + lengan - bias tape)




9) dah gunting akan dapat mcm nie



10) jangan lupa gunting sikit pada bucu sebagai penanda tengah baju



11) Buka dan bentangkan mcm nie... utk mudahkan kita gunting/ tebuk leher



12) Ukuran leher boleh dapatkan juga dari baju tshirt tadi... lebar leher dalam 3 inci




13) Turun leher sy buat dalam 6 inci



14) Tanda lebar leher 3 inci dan turun leher 6 inci.. kemudian gunting




15) trim buang yg di bahagian atas leher tadi sikit.. jadi bentuk di belakang leher bukan lurus, agak melengkung sikit sebenarnya



16) akan dapat macam nie



17) Gunting kain gam lembut utk buat bias tape pada leher dan hujung tangan jubah

Untuk leher sy buat 4 inci lebar

Untuk hujung tangan sy buat 3 inci lebar


Panjang bias tape nie agak2 lah..... boleh jahit keliling leher dan juga keliling 2 lengan.




18) Iron pada kain perca dan nanti gunting ikut kain gam lembut tue.


Itu shj utk tutorial cara gunting kain.
























11 comments:

ayunidati said...

Singgah sini

Mila@Rimbun said...

Lama tak nampak posting kat sini

azima said...

ayu, tq

rimbun, sy banyak di fb..senang nak upload pic

janna said...

Mana nk dpt kain gam lembut tu ye..?

Ummi Alfateh said...

Kedai peralatan menjahit slalu jual..kte je kain gam..ada bnyk jenis..utk kolar bju melayu tu jenis keras..kalo yg kakak ni buat kain gam yg lembut tu rasa nya..org buat di leher bju kurung.

Syazwani Mohd Noh said...

Tq Sharing...Semangat nak try buat untuk anak2...

emilyrockz said...

salam..
saya tak boleh view gambar.
selain blogspot, kat mana bole saya dapatkan tutorial?
thanks.

Unknown said...

Ye la...rak boleh view gambaq

azima said...

mmaf nampaknya pic ada maslah... bloh tgk di fb sy azura jaafar tailor lycra

Aishah (MrsKhan) said...
This comment has been removed by the author.
fathmadahman said...

JAMABOO Mango Habanero Salsa Dip, 15.5 oz - JS Hub
JAMABOO 양산 출장샵 Mango Habanero 성남 출장마사지 Salsa Dip, 15.5 oz. - JAMABOO Mango Habanero Salsa 양주 출장샵 Dip, 15.5 oz. - 순천 출장마사지 JAMABOO Mango Habanero Salsa, 15.5 사천 출장안마 oz. - JAMABOO Mango Habanero