Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Wednesday, August 28, 2013

Tutorial : Cara gunting jubah kain lycra

Assalamualaikum

ini ialah tutorial cara gunting jubah TANPA BUAT POLA LAIN...hanya berdasarkan pola yg ada sahaja (sy punya size M)


POLA ASAL SIZE M:
Bahu = 14 = 14 bahagi 2 = 7
Dada = 36 = 36 bahagi 4 = 9
Pinggang = 34 = 34 bahagi 4 = 8.5
Punngung = 40 = 40 bahagi 4 = 10
Lebar bawah jubah = 15


UKURAN JUBAH YANG HENDAK DIGUNTING :
Bahu = 17.5 = 17.5 bahagi 2 = 8.75
Dada = 51 = 51 bahagi 4 = 12.75
Pinggang = 51 = 51 bahagi 4 = 12.75
Punggung = 59 = 51 bahagi 4 = 14.75


Bentang kain dan mula utk gunting belakang baju. Untuk gunting belakang atau depan baju, perlu lihat kepada buka bawah baju (atau jubah) kerana ini ialah ukuran yang paling besar. 

Berdasarkan ukuran pola size M. dada ialah 9 inci dan buka bawah jubah ialah 15.

Jadi bila nak gunting jubah yang ini, dadanya 12.75 inci ( sy ambil 13 inci, sebab tambah 0.25 utk basi jahitan).... jadi :

13 inci (dada jubah) tolak 9 inci (dada jubah size M) = 4 inci

Buka bawah jubah size M ialah 15 inci jadi kena tambah 4 inci  = 19 inci . Ini ialah berapa lebar yang kita kena lipat sebelum letak pola. 

~ bila kita gunting jubah size M, buka bawah jubah = 15 inci.... tapi bila kita gunting jubah yg bersaiz besar, buka bawah jubah kenalah besarkan juga... dlm kes nie beza dada ialah 4 inci, jadinya buka bawah jubah kena tambah 4 inci lah juga.



Tengok, sy enjak ke depan sebanyak 4 inci utk dapatkan dada 13 inci.



Oleh kerana dada dan pinggang jubah ini sama 13 inci, makanya kita potong selari sahaja dada dan pinggang.

Untuk punggung, dalam pola size M, punggung = 10 inci.. bila enjak 4 inci, baru dapat 14 inci....sedangkan jubah yg nak gunting punggungnya ialah 15 ( 14.75 sy tambah 0.25 utk basi jahitan)

Maknanya kita kena tandakan ke depan lagi satu inci utk dapatkan punggung 15 inci.



Berdasarkan point punggung yg kita tanda 1 inci extra tue, guna tali tape atau pembaris atau apa2 yg lurus dan cukup panjang..... tarik sampai ke buka jubah yang 19 inci tadi.



Gunting



Bawah jubah gunting selari dan bila sampai di tengah jubah naikkan anggaran 1 inci.



Balik ke punggung, gunting ke pinggang dan dada berdasarkan pola sampai ke ketiak.



Tengok balik ukuran bahu jubah... ukuran bahu jubah ialah 8.75 ( sy ambil 9 inci, 0.25 utk basi jahitan) 

Letak tali tape dan enjak pola sehingga hujung bahu ialah 9 inci



Gunting ketiak beardasarkan pola jubah tadi mcm nie



Sekarang kita nak gunting turun leher belakang dan turun bahu.

Turun leher belakang sy buat 1 inci dan turun bahu juga 1 inci.


Oleh kerana jubah yg nak gunting nie bahu lebar... buka leher kita enjak dalam 1 inci ... logik akal, org badan besar... kita besarkan sikit lah buka leher bajunya.




Gunting leher dan turun bahu mcm nie


Oleh kerana ketiak jubah ini ialah 13 inci... guna tali tape... tadi kita dah gunting turun bahu 1 inci...


Oleh kerana ketiak jubah ini ialah 13 inci... guna tali tape... tadi kita dah gunting turun bahu 1 inci...


tarik ke bawah sampai selari 13 inci... gunting mcm nie



Gunting ejas2 bagi dapat 14 inci... memang ketiak 13 inci, tapi utk lengkuk ketiak sy tambah 1 inci... jadi lengkuk ketiak tue su ejas bagi dapat 14 inci



Gunting utk jubah depan pulak.... walaupun nak gunting utk jbah depan, tapi masa gunting... badan semua sama sahaja dengan jubah belakang..... 

utk ketiak dan bahu, tindan 2 keping jubah mcm nie.. dan gunting bagi sama.



Gunting sama sebijik mcm nie... sama dengan jubah belakang



Utk jubah depan... ambil pola jubah depan size M. 

Tadi ingat tak, utk luas leher kita enjak 1 inci? maka utk luas leher depan pun enjaklah 1 inci




Untuk turun bahu... pola depan kena turun lagi 0.5 inci... mcm nie



Gunting mcm nie


Gunting utk ejas lengkuk ketiak bagi dapat 14 inci balik (pasai tadi kita dah gunting buang 0.5 inci)


Ini pola tangan size L, ketiak = 10 inci



oleh kerana pola ketiak = 10 inci....sedangkan jubah yg kira nak potong ialah 13 inici...perbezaan ialah 3 inci.

maka, kita enjak pola 1.5 inci atas n 1.5 inci bawah... bagi dpt jugak ketiak 13 inci



gunting mcm nie




gunting bawah tgn... gunting selari sehingga separuh lebar tgb....kemudian naik 0.5 inci

13 comments:

ayunidati said...

Jom belajar...

Mila@Rimbun said...

best idea ever

azima said...

Tq2

Unknown said...

Terima kasih sbb berkongsi :)

inawati said...

tq sudi berkongsi ilmu..

nirea nor said...

salam akak

pertama sekali saya nak ucap terima kasih banyak info yang akan sudi share. saya doakan supaya allah tambah lagi rezeki akak

saya harap sangat akak boleh anjurkan kelas menjahit baju lycra ni. macam saya yang tak pernah menjahit tp saya minat sangat dan sangat bersyukur kalau dapat belajar.

sekian, ikhlas dr saya

Wan Fuziah said...

Alhamdulillah anda org yg tidak kedekut ilmu

Unknown said...

gambar broken

Unknown said...

Terimkasih Atas Informasinya, sangat membantu sekali,.
Update terus blognya

http://jellygamatgoldgpro.com/

umi afiQ said...

Kalau nk buat jubah budak.. bahu ke pinggang berapa inci yer ukuran biasanya.. sbb kain tu saya nak b uat pleated..

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
azima said...

mmaf nampaknya pic ada maslah... bloh tgk di fb sy azura jaafar tailor lycra

Unknown said...

TERIMA KASIH AKY RAJA SEBELUMNYA KAMI SANGAT MENDERITA 2 TAHUN YANG LALU KERJANYA HANYA CUMA TUKAN BECAK PENDAPATAN CUMA 15 RIBU PERHARI SEDANKAN SEWA KONTRAKAN RUMAH 500 RIBU PERBULAN TAPI SETELAH KAMI DAPAT NOMOR AKY DI INTERNET KAMI COBA2 HUBUNGI LALU MINTA BANTUAN ANGKA GHOIB DAN ALHAMDULILLAH ANGKA YANG DIBERI AKY RAJA YAITU 4D,,BENAR2 100% TERBUKTI TEMBUS SEKALI LAGI TERIMA KASIH AKY RAJA SEKARANG KELUARGA KAMI SUDAH BUKA USAHA KECIL2LAN ITU SEMUA BERKAT BANTUAN ANGKA GHOIB AKY RAJA BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI KELUARGA KAMI HUBUNGI AKY RAJA DI NOMOR,085=222=500=175,TERIMA KASIH..!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA MAKASIH YANG PUNYA ROOM ….





































TERIMA KASIH AKY RAJA SEBELUMNYA KAMI SANGAT MENDERITA 2 TAHUN YANG LALU KERJANYA HANYA CUMA TUKAN BECAK PENDAPATAN CUMA 15 RIBU PERHARI SEDANKAN SEWA KONTRAKAN RUMAH 500 RIBU PERBULAN TAPI SETELAH KAMI DAPAT NOMOR AKY DI INTERNET KAMI COBA2 HUBUNGI LALU MINTA BANTUAN ANGKA GHOIB DAN ALHAMDULILLAH ANGKA YANG DIBERI AKY RAJA YAITU 4D,,BENAR2 100% TERBUKTI TEMBUS SEKALI LAGI TERIMA KASIH AKY RAJA SEKARANG KELUARGA KAMI SUDAH BUKA USAHA KECIL2LAN ITU SEMUA BERKAT BANTUAN ANGKA GHOIB AKY RAJA BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI KELUARGA KAMI HUBUNGI AKY RAJA DI NOMOR,085=222=500=175,TERIMA KASIH..!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA MAKASIH YANG PUNYA ROOM ….