Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Saturday, May 18, 2013

Cara Jahit Sarung Sofa Lycra

Assalamualaikum...

Siang tadi masa mengasuh anak2, sy sempat snap pic cara jahit sarung sofa lycra. Oleh kerana sy sekarang tak berapa sihat sangat & nak bergerak pun agak terbatas, sy gunting2 kertas shj utk tunjuk cara potong kain & jahit sarung sofa nie. Tapi harap dapat membantu....

Sy menggunakan lycra bidang 60 inch & total berapa meter tak ingat.

1) Untuk sofa duduk, sy ukur panjang macam nie...



zoom out



2) Untuk sofa duduk, sy ukur lebar macam nie...




zoom out



3) Untuk sofa sandar, sy ukur panjang macam nie...


zoom out



Untuk sofa sandar, sy tak ukur lebar sofa sebab sy nak tekap sahaja bentuk menyerong pada sayu bucu sofa tue... lagi mudah mcm tue.


4) Lebih kurang pola sofa duduk mcm nie



5) Lebih kurang pola sofa sandar mcm nie



6) Macam nie keseluruhan bila pola dibuka... ada 2 lapisan bersambung.



7) Sediakan kain lycra utk dipotong... sy gunakan kain lycra bidag 60 inci



8) Letak pola & secara teorinya mcm nie.. praktikalnya utk  pola sofa sandar, sy tekap sarung sofa yg lama.




9) Sy JAHIT TEPI sahaja kiri & kanan kedua2 sofa. Kemudian sarungkan pada sofa, disebabkan lycra memeri.... kita perlu jahit & sarung kan pada sofa utk dapatkan ANGGARAN berapa inci kena kecilkan untuk dapatkan sarung sofa lycra yang tegang & kemas.

Untuk lycra yang sy guna ini, perlu kecikkan 2 inci. Sy buka sarung sofa, jahit tepi buang 2 inci untuk kecikkan & sarungkan kembali utk pastikan ia bebetul kemas.




10) Langkah yang sebelum ini, kita dah ketahui anggaran perlu kecikkan 2 inci, jadi... bawah pun kena buang 2 inci.

Kemudian jahit tepi keliling 'mulut' sofa ini & lipat 0.5 inci dan jahit.

Tinggalkan sikit utk masukkan getah nanti.




11) Untuk soda duduk, perlu buang bucu ( seperti pada dasar beg) supaya sarung sofa bersegi elok bila masukkan sofa nanti.

Andaikan ketebalan sofa ialah 4 inci, maka lebar bucu yang harus dijahit juga ada lah 4 inci.



12) Sy tak guna jahit mesin untuk jahit bahagian bucu ini, sy guna jahit tepi, jadi sy jahit buang bucu & jadi seperti dalam gambar.



13) Ini sample sarung sofa sandar yg dah siap. Pada bahagian 'mulut' sofa sy hanya masukkan getah & cerut mcm tue shj... x payah guna zip.



14) Ini sample sarung sofa duduk yg dah siap. Pada bahagian 'mulut' sofa sy hanya masukkan getah & cerut mcm tue shj... x payah guna zip.




15) Ini pandangan dekat pada bucu sofa yang kita buat dalam step ke 11 & 12


Siap sudah utk sample yang ini, kemudian bila dah dapat ukuran yang ngam, baru potong untuk sofa2 yang berikutnya.





Semoga dapat memberi manfaat.


5 comments:

Nazifa Mazni said...

Kak pakai cerut tegang x sarung sofa tu

Nazifa Mazni said...

Kak pakai cerut tegang x sarung sofa tu

azima said...

agak2 lah nazifa.. asalkan boleh tegangkan n boleh sarung masuk sofa

Unknown said...

Salam..kak..masih ambik tempahan ke..sy duduk di pandamaran klang.. brape klu utk sofa 1+2+3

myxa said...

Salam sis.... Nape dah xde gambar ye????? Nak try jahit jugak...