Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Monday, July 27, 2009

2 hari satu malam... mengutip kenangan

2 hari satu mlm balik kampung ituhari.. banyak kenangan2 lama yg sy 'kutip' balik. Br sy sedar.. haahh ekk, banyak gak kenangan masa kecik dulu... sedangkan sy selalu pk, sy tak banyak ingat kenangan2 semasa kecil.

Biasa makan ikan ubi? atau ada yg panggil ikan hantu (nie abang ipar sy yg bg tau) dan hasil daripada google an sy tadi.. juga dikenali ngan ikan ketutu. Banyak rupanya nama dia yaa... hebat! dan yang membuatkan sy tersenyum tika ini.. ntah2 di dunia / habitat dia, itulah nick2 yang dia pakai... ehehheheee.. dia juga mau ber nick2 bagai.



Ishak kawal bekas ikan.. camlah ikan2 tue dia punya..

Kat mana kita tadik? Ok.. ikan ubi. Masa zaman kecik2 dulu.. musim air bendang kering, mmg pesta menimba ikan di bendang & tali air. Bila padi dah nak masak, air di bendang & tali air akan dikeringkan. Masa nie lah bendang2 & tali air diempang dengan selut/lumpur. Kemudian air yg sedikit tue akan di timba keluar.... dannnn mana ikan yg terperangkap akan dikutip ambil.

Memang best ingat masa nie.. tapi sy bukan tergolong dalam kalangan mereka2 yg sanggup masuk dalam selut n gagau ikan. Sy nie ermmm penggeli (baca: penggeli sungguh). Tugas sy hanya kutip ikan2 yang abang atau kakak atau arwah mak campak ke atas tali air dan sy kutip masuk dalam guni plastik. Tugas yang still leceh sebab ikan tue mmg belemuih la ngan selut & kena kutip plak sekor2.. bila nak kutip ambil, ikan yg masih hidup tue mengelepiaq nak lepaskan diri... abisla muka belemuih merecik selut bercampur batu kerikil jalan daripada tali air tadi tue. Dah la tengah panas plak tuh...

Banyak jenis2 ikan yg ada tue.. keli, haruan, sepat, puyu, perida (baca: belida rasanya nick komersialnya) dan salah satunya ikan ubi. Ikan ubi nie jenjarang sikit jumpa. Rupa tak cantik, tapi rasanya sedap sangat, isi lembut n manis.



Ikan ubi yg telah sy 'selamatkan' ke pinggan sy..

Mlm tue makan nasik lauk ikan ubi goreng. S.E.D.A.P nyaa!! Anak buah sy.. Wan (Shazwan) yg tangkap. Dia mmg gila tangkap ikan. Lauk2 kat rumah, abah dia tak payah risau.. tak der lauk, tau lah dia gi cari ikan kat memana. Ikan pekasam yg kakak sy buat tue pon dia yg tangkap. Masa sy sampai kg ituhari.. dia br lepas menggagau ikan ngan kengkawan dia. Sy ralit perati ikan ubi yang dia tangkap.. lama dah tak tgk ikan ubi nie sebenarnya, dan lagi ralit pasai ikan ubi yg ditangkap keciknya, sekecik lidi pon ada.. ikan2 semua, kalau tgk si Wan, mau tepuk dahi.. 'abislah cucu cicit aku' katanya... :P



Cucu cicit ikan ubi..

Masa sembang pasal ikan ubi nie, kakak sy buka cerita. Arwah mak sy pernah melatah2 kat ikan ubi nie bila ikan ubi nie kembangkan insang dia. 'OOOhhhh anak boyaa' katanya ajukkan latah arwah mak sy.. sy tak ingat ttg tue, mungkin sy masih kecik lg. Tengah2 gelak suka.. tetiba hati terasa sayu.. air mata bergenang tiba2, mmg sungguh2 sukar nak sorok.. last2 kesat air mata, act mcm ketawa terlebih, padahal sy sebak teringatkan arwah..

Siangnya.. belum buka mata lagi, makcik sy dah ketuk pintu rumah antar sarapan. Ermmm cam gini lah hidup anak kematian ibu, menumpang kasih mak2 sedara jer lah :P. Sarapan pagi itu ditaja khas oleh makcik.. makan pulut inti. Dan yg buatkan sy tak kelip mata.. anak sy Ishak (1.5 tahun) makan tak berenti.. sedap sungguh dia makan n buatkan sy pk.. 'ermmm sy kena belajar2 buat pulut inti lepas nie!' Google2 jer lah resepi kat internet, masa arwah mak ada dulu.. jangan diharap nak belajar2 masak.. tolong2 tengok tue ada lah sesikit.

Tengah hari kami ke rumah abang sy (sulong). Sebetulnya dia rindu nak tgk anak2 sy.. tp dia tak ada dirumah, hanya kakak ipar n anak bongsu shj yg ada. Dia tengah siapkan rumah di Ijok (Perak) dan balik selang 3 hari. Kami ke sana n sempat attack pokok bebuas dia. Pokok bebuas nie mmg tak pernah lepas kalau ke sana... habis dogol dikerjakan. Pucuk bebuas nie kalau dibuat kerabu kerang.... aduhhhh mak aiii T.E.R.A.N.G.K.A.T bak kata kakak sy. Disebabkan pokoknya dah tinggi n lama tak dipangkas.. sbb abang sy sibukkkkkk jer ngan keje, sy n kakak menyumbang khidmat memangkas pokok :P .



Perlukan servis memangkas pokok?

Teringat masa kecik2 dulu, kat tepi tali air rumah mak ada satu pokok bebuas rendang n jadi pot utk sy & kakak panjat bila petang2. Sy ada banyak kenangan ngan bebuas tepi rumah tue, pernah gak tersilap langkah n jatuh dalam selut dlm tali air tuh :P Nangis balik rumah.. nangis bukan sakit sebab jatuh... jatuh dalam selut tak sakit la, nangis pasal malu kena gelak :(



Hasil tangkapan gambar rambang di halaman rumah abang sy... ada 'bulan' di rumah dia :P

Berangkat gi kenduri dan lepas kenduri kami attack plak kedai jual durian. Sedap tul durian diaaaa... mmg berbaloi baloii. Rasa sikit n bungkus bawa balik. Takut nak mkn lelebih sbb pastue nak bertolak balik klang. Bajet2 gak makan.. takut perut wat hal masa kat jalan.

~sy masih simpan rahsia 1 aug :P

0 comments: