Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Monday, December 28, 2009

Sekolah..

Assalamualaikum...
Sihat ker semua?

Tak berapa hari dah nak masuk tahun baru kan? Sy excited sangat utk masuk tahun baru nie.. pertama, 1 jan Ishak masuk 2 tahun.. dia lahir 1 jan 2008.. baby tahun baru. Dah besar panjang dah org tue, tapi manjanya terlebih... nak sy mengulit dia 24 jam, tak boleh berenggang langsung!

Kedua.. Idris akan masuk tadika tahun nie. Yang tue lagi dah besar panjang.. haiii dah 6 tahun dah dia.. tak terasa masa berlalu. Masih teringat2 lagi.. nurse letak dia atas dada saya di labour room... subhanallah! Minggu lepas masa Idris fitting uniform taska dia.. ermmm handsome, anak sape lah tue ekk.. ngeeee!

Memandangkan anak2 sy mmg dok taska tiap2 hari & tadika pon kat tempat yg sama, so tak terasa sesangatla pengalaman tue. Tunggu lah tahun depan masuk sekolah cam mana. Mak dia hari pertama, abah kena tunggu belakang bilik darjah. Anak mak nie tatau lagilah... jangan meraung dah ler.. awak tue lelaki.

Dah lama tinggalkan zaman sekolah nie.. dalam 13 tahun. Dan tahun depan.. insyaallah panjang umur, merasa pulak hantar anak ke sekolah.

Cerita tentang sekolah, masa balik kenduri ituhari.., sy sempat pergi rumah member satu sekolah. Sama sekolah sampai tingkatan 6 & masuk UUM pon sama2, cuma course ajer yg lain. Bila dah keje masing2 bawak haluan masing2.. tukar2 cerita kat sms atau email ajer. Nak jumpa.. selalu selisih. Dia di penang, sy plak tercampak klang nie haa. Dua tahun yg lepas, dapat tau yg dia sakit tumor otak.

Masa sy melawat dia 2 tahun lepas.. dia hulur tangan kiri bila salam. Rupa2nya bila operate buang tumor tue.. kesannya tangan kanan tak boleh gerak & kaki kiri lemah.. tapi still boleh berjalan pakai tongkat.

Masa ituhari sy gamble gi rumah mak dia & dia ada kat sana. Rupanya sekarang nie selalu kena sawan. Anak bongsu dia tua sebulan dua daripada Ishak.. dalam 2 tahun lebih. Imaginelah cam mana nak asuh anak kecik cam tue ngan sebelah tangan ajer.. tengok muka anak2 dia lagilah sedih!

Dulu dia tue lincah, banyak cakap.. tapi bila jadi cam gini, semua dia sorok. Malu ngan keadaan diri dia katanya. Beringatlah yer.. sementara sihat nie, jaga diri elok2. Dah sakit esok.. dah tak guna. Sy pon nak kena turunkan sikit berat badan nie, dah tak selesa dah sekarang.. ngeeee!

So ingat... dalam sibuk2, jaga kesihatan k!

0 comments: