Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Wednesday, August 28, 2013

Tutorial : Cara gunting jubah kain lycra

Assalamualaikum

ini ialah tutorial cara gunting jubah TANPA BUAT POLA LAIN...hanya berdasarkan pola yg ada sahaja (sy punya size M)


POLA ASAL SIZE M:
Bahu = 14 = 14 bahagi 2 = 7
Dada = 36 = 36 bahagi 4 = 9
Pinggang = 34 = 34 bahagi 4 = 8.5
Punngung = 40 = 40 bahagi 4 = 10
Lebar bawah jubah = 15


UKURAN JUBAH YANG HENDAK DIGUNTING :
Bahu = 17.5 = 17.5 bahagi 2 = 8.75
Dada = 51 = 51 bahagi 4 = 12.75
Pinggang = 51 = 51 bahagi 4 = 12.75
Punggung = 59 = 51 bahagi 4 = 14.75


Bentang kain dan mula utk gunting belakang baju. Untuk gunting belakang atau depan baju, perlu lihat kepada buka bawah baju (atau jubah) kerana ini ialah ukuran yang paling besar. 

Berdasarkan ukuran pola size M. dada ialah 9 inci dan buka bawah jubah ialah 15.

Jadi bila nak gunting jubah yang ini, dadanya 12.75 inci ( sy ambil 13 inci, sebab tambah 0.25 utk basi jahitan).... jadi :

13 inci (dada jubah) tolak 9 inci (dada jubah size M) = 4 inci

Buka bawah jubah size M ialah 15 inci jadi kena tambah 4 inci  = 19 inci . Ini ialah berapa lebar yang kita kena lipat sebelum letak pola. 

~ bila kita gunting jubah size M, buka bawah jubah = 15 inci.... tapi bila kita gunting jubah yg bersaiz besar, buka bawah jubah kenalah besarkan juga... dlm kes nie beza dada ialah 4 inci, jadinya buka bawah jubah kena tambah 4 inci lah juga.



Tengok, sy enjak ke depan sebanyak 4 inci utk dapatkan dada 13 inci.



Oleh kerana dada dan pinggang jubah ini sama 13 inci, makanya kita potong selari sahaja dada dan pinggang.

Untuk punggung, dalam pola size M, punggung = 10 inci.. bila enjak 4 inci, baru dapat 14 inci....sedangkan jubah yg nak gunting punggungnya ialah 15 ( 14.75 sy tambah 0.25 utk basi jahitan)

Maknanya kita kena tandakan ke depan lagi satu inci utk dapatkan punggung 15 inci.



Berdasarkan point punggung yg kita tanda 1 inci extra tue, guna tali tape atau pembaris atau apa2 yg lurus dan cukup panjang..... tarik sampai ke buka jubah yang 19 inci tadi.



Gunting



Bawah jubah gunting selari dan bila sampai di tengah jubah naikkan anggaran 1 inci.



Balik ke punggung, gunting ke pinggang dan dada berdasarkan pola sampai ke ketiak.



Tengok balik ukuran bahu jubah... ukuran bahu jubah ialah 8.75 ( sy ambil 9 inci, 0.25 utk basi jahitan) 

Letak tali tape dan enjak pola sehingga hujung bahu ialah 9 inci



Gunting ketiak beardasarkan pola jubah tadi mcm nie



Sekarang kita nak gunting turun leher belakang dan turun bahu.

Turun leher belakang sy buat 1 inci dan turun bahu juga 1 inci.


Oleh kerana jubah yg nak gunting nie bahu lebar... buka leher kita enjak dalam 1 inci ... logik akal, org badan besar... kita besarkan sikit lah buka leher bajunya.




Gunting leher dan turun bahu mcm nie


Oleh kerana ketiak jubah ini ialah 13 inci... guna tali tape... tadi kita dah gunting turun bahu 1 inci...


Oleh kerana ketiak jubah ini ialah 13 inci... guna tali tape... tadi kita dah gunting turun bahu 1 inci...


tarik ke bawah sampai selari 13 inci... gunting mcm nie



Gunting ejas2 bagi dapat 14 inci... memang ketiak 13 inci, tapi utk lengkuk ketiak sy tambah 1 inci... jadi lengkuk ketiak tue su ejas bagi dapat 14 inci



Gunting utk jubah depan pulak.... walaupun nak gunting utk jbah depan, tapi masa gunting... badan semua sama sahaja dengan jubah belakang..... 

utk ketiak dan bahu, tindan 2 keping jubah mcm nie.. dan gunting bagi sama.



Gunting sama sebijik mcm nie... sama dengan jubah belakang



Utk jubah depan... ambil pola jubah depan size M. 

Tadi ingat tak, utk luas leher kita enjak 1 inci? maka utk luas leher depan pun enjaklah 1 inci




Untuk turun bahu... pola depan kena turun lagi 0.5 inci... mcm nie



Gunting mcm nie


Gunting utk ejas lengkuk ketiak bagi dapat 14 inci balik (pasai tadi kita dah gunting buang 0.5 inci)


Ini pola tangan size L, ketiak = 10 inci



oleh kerana pola ketiak = 10 inci....sedangkan jubah yg kira nak potong ialah 13 inici...perbezaan ialah 3 inci.

maka, kita enjak pola 1.5 inci atas n 1.5 inci bawah... bagi dpt jugak ketiak 13 inci



gunting mcm nie




gunting bawah tgn... gunting selari sehingga separuh lebar tgb....kemudian naik 0.5 inci

Tutorial 2 : (sambungan) Cara jahit jubah mekah ~ size 7 tahun

Assalamulaikum...


1) lipat 2 dan jahit selari sepanjang bias tape utk leher n hujung tangan. Trim atau buang jika ada senget2.... sy akan buang anggaran 1/8 inci hingga 1/4 inci utk bagi samaa sepanjang bias tape



2) Tandakan turun 1.5 inci 

( 1.5 inci kerana bias tape utk leher = 4 inci. 
Bila lipat dua jadi 2 inci.. tadi dlm step 1 dah trim 1/8 hingga 1/4 inci... tolak basi jahitan dlm 1/4 inci.... jadi anggaran bias tape sekitar 1/5 inci sahaja.


3) tandakan 3/4 inci atas dan  3/4 inci bawah ( jumlah jadi 1.5 inci lah jugak)



4) Gunting macam nie


5) Kalau selak segitiga tue, nampak lagu nie



6) Tandakan mcm nie... nak gunting buang ikut line pun boleh, tapi sy x gunting pasal nie 2nd time buat, sy takut silap :p



7) Jahit bias tape ke hujung segitiga tadi



8 ) Jahit utk cantum bias tape ke leher



9) Bila sampai bucu pada atas leher, lajak sikit, angkat tapak mesin jahit dan pusing



10) teruskan jahit hingga habis



11) Setelah jahit, dari pandangan luar akan dapat mcm nie. Tengok segitiga yg gunting tadi.... dia duduk kat luaq



12) Lipat segitia tue masuk ke dalam


13) Hampaq jubah elok2 dan dah centre elok kiri kanan leher...pinkan bawah leher tue dan jahit bawah leher tue sahaja



14) Masa nie sy buat kesilapan sikit.

dalam step no 7) masa permulaan jahit bias tape ke leher... hujung bias tape sy tinggal sikit sangat... jadi bila silangkan leher... sebelah singkat sikit




15) see... sebelah singkat

 bila sy jahit spt dalam step no 13)... yg sebelah lagi tak kena jahit :(



16) ok IKLAN :) sape nak tempah jubah mekah.. inbox mak saya.... ngaaa.



17) Jahit bias tape hujung tangan pulak.


18) Jahit tepi bias tape yg dah jahit ke baju tadik dan jahit kiri kanan baju, lipat bawah baju dan jahit.


SIAP

Wednesday, August 21, 2013

Tutorial 1 ~ Cara potong jubah mekah : Size 7 tahun

Assalamualaikum..

Lama tak update blog nuh? :p

Sy nak kongsi cara buat jubah mekah mcm baju anak2 sy nie




Material denim lycra, bidang 60



Ukuran based on baju t shirt anak

dada 8 + 2 = 10 , dada sy tambah 2 inci ( jumlah ada pertambahan 2 inci) sbb sy nak longgar n mudah nak sarung bila pakai baju



1) Labuh baju 35.5 tambah dalam 1 inci utk basi jahit bawah = 36.5. Lipat dua dan tanda labuh baju. 

~ jubah mekah tak ada potong di bahu, itu sebab kita kena lipat DUA



2) Lipat 12 inci, sebab buka bawah jubah 12 inci.. tambah la dalam suku inci utk basi jahitan



3) Gunting lebar bawah jubah 12.25 inci



4) ambil t shirt n letak mcm nie... td sy ada mention sy nak tambah 2 inci utk dada, jadi sy offset kan 2 inci utk dapat tambahan dada 2 inci.




5) Ambil tali tape, hubungkan bawah ketiak sampai bawah jubah tadi... sy guna tali tape nie just utk dapatkan garis lurus sahaja, bagi senang gunting



6) Gunting & gunting membelok di bahagian ketiak hingga ke hujung lengan



7) Luas hujung lengan = ukuran ketiak- 1" . Kita tolak dalam 1 inci utk bagi cantik bentuk ketiak dan tak membelok sangat ~ kalau guna kain cotton.. bagi senang nak jahit, membelok teruk sangat... nanti tak kemas jahit,



8 ) Tanda ukuran bahu yg telah di bahagi 2 + panjang lengan - 1"

ukuran bahu = 12 inci bahagi 2 = 6 inci

panjang lengan = 6 inci

tolak 1 inci kerana di hujung lengan kita akan jahit bias tape dan ukuran bias itu anggaran dalam 1 inci

Jadinya : 12 bahagi 2 + 6 -1 = 11 inci ( ukuran bahu + lengan - bias tape)




9) dah gunting akan dapat mcm nie



10) jangan lupa gunting sikit pada bucu sebagai penanda tengah baju



11) Buka dan bentangkan mcm nie... utk mudahkan kita gunting/ tebuk leher



12) Ukuran leher boleh dapatkan juga dari baju tshirt tadi... lebar leher dalam 3 inci




13) Turun leher sy buat dalam 6 inci



14) Tanda lebar leher 3 inci dan turun leher 6 inci.. kemudian gunting




15) trim buang yg di bahagian atas leher tadi sikit.. jadi bentuk di belakang leher bukan lurus, agak melengkung sikit sebenarnya



16) akan dapat macam nie



17) Gunting kain gam lembut utk buat bias tape pada leher dan hujung tangan jubah

Untuk leher sy buat 4 inci lebar

Untuk hujung tangan sy buat 3 inci lebar


Panjang bias tape nie agak2 lah..... boleh jahit keliling leher dan juga keliling 2 lengan.




18) Iron pada kain perca dan nanti gunting ikut kain gam lembut tue.


Itu shj utk tutorial cara gunting kain.