Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Wednesday, November 30, 2011

... sambung lain kali lah, ada kerja :P

Assalamualaikum...



Sy payah sikit kalau nak jahit baju yg sy tak suka... sy dah lama perasan tangan baju bercuff panjang tue. Tapi kalau nak selak tangan payah.. tue yg sy tak teringin buat. Hari tue ada lebihan kain nie 1 panel (part belakang & tangan sy pakai kain hitam sajer) .... trylah buat satu, habuan pakai kenduri.

Ramai yang suruh sy buat baju tangan pesyen nie... sempat jugak jahit haritue, last minit sebelum hantar mesin jahit pi service.



Ketat sikit, tapi boleh la selak tangan untuk ambil wuduk. S
y tak berkenan sama tangan macam nie, tapi bila pakai ok juga sebenarnya... cuma jangan overlah. Kita pakai jangan sampai orang tengok 2 kali. Kalau orang tengok 2 kali, itu ada 2 maksud :)

Sabtu pagi lepas siap masak bekal & subuh.. bertolak balik. Sampai ke Perak sy lajak cari cari ubat selsema dulu. Malam sebelum balik sy kena flu, tapi bertahan jugak potong baju untuk sy pass bagi kawan sy untuk dijahit. Kemudian bergegas pulak cari pejabat pos... kes sy terlupa pos oder nota :p ampunnn...

Tak sampai rumah lagi.. singgah rumah kakak sy dulu. Tengok kakak sy renovate rumah... sy tukang buatnya abang sy. Sy nasib baik rumah jauh kalau dekat memang tukang pakai adik beradik punya :)

Makanya sembang-sembang sambil tolong masak sambil makan durian sambil bincang-bincang pasal kenduri arwah untuk esoknya.. sambil layan amani. Amani.. ermmm dia dari sorang yang ciwekk dah menjadi sorang yang galak, asyikk gelakk ajer.

... sambung lain kali lah, ada kerja :P

Saturday, November 26, 2011

azimaDIYshop bercuti hingga rabu... ♥

azimaDIYshop bercuti hingga rabu... ♥

Friday, November 25, 2011

.. kan dah tak grip!!

Assalamualaikum...

Pagi tadi lepas comolot bagai.. sy lepaskan BABY sy pergi. Sy bisik-bisik kat dia, make sure bila balik nanti, i nak tip top okeh. Aaaduhh makk menjeling pulak dia kat sy! Sy bayar mahalll sy laung kat dia sebelum dia dibawa pergi. Dia laung balik dengan tuduhan sy berkiraaa dan lepas tue jelirkan lidah.

Itulah babak yang sy reka bila BABY sy, iaitu mesin jahit sy dibawa oleh kekasih sy untuk di service pagi tadi. Kebetulan sy nak balik kampung esok sampai selasa, kebetulan dia ada masalah dengan thread tension dia.
~ itulah suruh buat senaman kegel tanakk.. kan dah tak grip!! LOL...

Sy ada jugak survey caj utk service mesin jahit, ada kat tempat lain yang lagi murah, tapi sy tak gamak nak bagi banyak tangan sentuh BABY tu tue :p Sy jaga dia dengan elokk... pasal banyak berjasa mesin jahit nie & tambah pulak mesin jahit nie usia dia lagi lama dari usia perkahwinan sy. Kalau ada yang baru pun sy tak jual niee... sayang!

Satu petua yang sy percaya nak panjangkan jangkahayat.. jangan bagi banyak tangan guna. Kalau campur-campur tangan, cacamarba jadinya nanti. Sy sendiri cukup berkira kalau ada orang nak pinjam mesin jahit... bukan kedekut, tapi leceh nanti kalau suka-suka ejas sana sini.

Kalau sy sendiri pakai, ada masalah kat mana-mana i'allah kita tahu nak ejas kat mana. Macam real baby lah, bunyi merengek lain sikit... kita dah tau dah dia nak apa :p

Macam jugak dengan kereta... kalau kita saja yang pakai cermat, tapi campur-campur tangan... & yang naik tue macam2 jenis cara orang... semua pakat honggaq suka hati, cepat lah rosak dia.

So balik kampung nanti, tak der lah sy hangkut mesin jahit.... sy hangkut kain-kain ajer untuk dipotong. Balik sini, baru start menjahit balik....

..... tapi sayu jugak sy tengok dia tadi, dah lah cover depannya sy bukak pasal sy cuba-cuba jadi pomen pak akob ituhari untuk tukar mentol. Last-last mentol tak boleh buka, ketat... skru cover tue sy dah hilangkan lah pulak.

Sungguh kesiannn... BABY, kepulanganmu ku tunggu....

Aku tak perlu kasihan, kasihan itu hanya untuk orang yang lemahhh... kata BABY di angin lalu.

Amboi makkk, kerekk kau ehh... nanti kau!

____________

Bersengkang mata sy jahit semalam salah satunya jubah yang ini.. dok ingat boleh jahit lepas balik kampung, rupanya tak


Wednesday, November 23, 2011

Hukum pakai pakaian ketat ketika solat~ telekung lycra

Assalamualaikum...

Hari tue ada orang request suruh jait palazzo... sy ok ajer kalau nak request nak suruh jait macam-macam. Tapi bawak mai contoh.. kalau dok bercakap gedum gedum gedum... buat macam nie, buat macam tue, alahhhh buat letih ajer... buat pening kepala acik hang ajer nanti. Dah pening kepala nanti satu kerja acik hang tak boleh buat.

Depa bawak mai dua lai contoh... haaaaaa kan senang! Ituhari buat dah sehelai, nak simpan buat mastercopy punya pasai.. sy buat extra sehelai.

Nak pakai utk diri sendiri tak padan... labuh menyapu lantai. Nanti bila-bila sy nak kerat, bagi singkat sikit... tapi sy rasa sy tak sesuai lah pakai palazzo, bertambah katik rasanya :p



Sy rasa dah jadi peel sy kot, kalau satu-satu item tue sy tak guna atau sy tak boleh memakainya, atau sy tak sesuai pakai.. sy rasa malas nak jahit thehehehe.

______________





Telekung lycra yg orang tempah... boleh request apa2 kaler tapi kalau kaler tue ada kat kedai lah yer, sy letak bling2 kat bawah bahagian belakang telekung.

Satu yg sy dah double check kat fb Ustaz Azhar, hukum memakai pakaian ketat ketika solat. Contoh kalau pakai stoken jari atau dalam konteks ini, telekung lycra nie agak melekap.. so apa hukumnya?

Boleh yer pakai stoken jari atau pakaian yg ketat ketika solat, kerana aurat tertutup masa solat tue dan solat adalah SAH. Pakaian ketat ini haram jika di depan bukan mahram.


Kain printed available utk tempahan

Assalamualaikum...

Jika ada yang berminat untuk tempah jubah/dress/blouse... sila email/inbox di facebook yer, tq





































Monday, November 21, 2011

hakikatnya.. kuda pun tak pernah naik!

Assalamualaikum....

Ada satu malam tue... berpusing-pusing sy cari tempat untuk tebuk lubang butang, tapi semua depa rejek. Huhuhhu... dengan alasan : kain getah ini macam, tak boleh kain sangkut & mesin jammed.

Ok lah ok lah... satu penolakan yang membuatkan sy kena memikirkan apa alternatif lain untuk letak butang pada long dress cardigan tue. Sy boleh buat lapik butang macam baju kebaya & rumah lubang butang... tapi sy malas nanti bertambah kerja-kerja menjahit :p

Akhirnya.. sy ambil jarum dan benang, buat rumah lubang butang macam buat rumah lubang butang pada leher baju kurung. Setel satu masalah... so boleh singgah Emporium Makan di Klang dan pekena mee jawa dengan suka hati :)



Teknik nie dulu-dulu sy tak tahu, lepas kawen dengan kekasih sy tue... baru belajar dengan MIL. Tapi kekadang kalau belek baju yang ada di kedai atau baju orang... sy tengok ada tersilap sikit teknik tue.

Bukan keseluruhannya salah, cuma silap teknik sikit. Kalau yang sebetulnya, tali yang buat untuk rumah lubang butang tue elok terhampar. Kalau yang silap teknik tue.. talinya berpintal-pintal atau terkilas-kilas.

Dah ke Klang, sempat rembat 2 helai jeans bundle... seluar-seluar sy semua tamat riwayat dengan kecederaan parah pada kelangkang... thehehehe.
~ apa maknanya tuh? LOL..

........................



sy memang tak ada masalah jika disuruh pakai dan mengayakan baju yg sy jahit selama ini. semalam di rumah MIL, pakat gelak tak sedar diri bila sy pakai jubah hoodie nie...



dan eksyen seperti seorang penunggang kuda.. melompat turun dari kuda, lepas tue tebarkan baju, then turunkan hoodie dan kemudian tebarkan rambut pulak.Kahkahkahkah... hakikatnya? :p
~ hakikatnya.. kuda pun tak pernah naik!

Friday, November 18, 2011

long dress hoodie cardigan

Assalamualaikum...

Semalam sy ambil half day, pi ambik duit RM 100.00 kat sekolah Idris. Dalam pada saya termenung sementara tunggu majlis penyerahan duit tue, tetiba Idris tepuk sy dari belakang. Dia keluar rehat & dia perasan sy... dia perasan baju sy sebenarnya. Depa kan juri tetap kalau sy nak mintak komen baju-baju yang sy jahit :p


~ duit RM 100 tue nak beli PSP kata dia... amboiii.

... temankan dia rehat, membuatkan sy rasa terharu.

Dan hari nie last day sekolah... tahun depan dia dah darjah 2. Ituhari dia balik sekolah & kata ada surprise...

.. dia tunjuk pic gambar kelas dia. Bila tengok pic tue teringat masa sy sekolah dulu, cepat sungguh masa berlalu. Dan sy sungguh tak sangka, sy akan berada di sini hari ini, dengan apa yg sy ada... sy berkahwin, ada anak & dengan ada apa yang sy ada sekarang. Alhamdulillah...sehingga sy rasa tak ada apa lagi yang sy perlukan ya Allah, sy amat-amat bersyukur.


_________

custom made order:




~ serupa...


~ tapi tak sama...



Kalau kain 2 tone nie ada lagi kat kedai... nie akan jadi tambahan produk baju sy, kalau tak ada terpaksa sy cari kain denim lycra








~ long dress hoodie cardigan.. 2 tone, ada butang di depan.. bawah terbuka, pakai skirt labuh atau seluar panjang, bila berjalan ternampak yg dalam kaler hijau striking tue, stylo kan :)

Wednesday, November 16, 2011

kepantangan..

Assalamualaikum...

Hari nie, sy tertarik untuk baca tentang kepantangan. Bukan pantang dek kerana bersalin ker bersunat ker aper.. tapi kepantangan yang ada dalam keturunan. Benda-benda macam nie kekadang memang kita rasa maca mitos.. mengarut & kalau nak explain dengan logik akal pon orang tak berapa percaya. Tapi dalam kehidupan sebenar, ianya wujud.

Pertama, pantang makan ikan tapah. Yang nie katanya keturunan daripada Pak Kaduk, boleh memudaratkan hingga membawa maut & penawarnya dengan meminum air rendaman kancing emas yang dijumpai oleh Pak Kaduk dalam perut ikan tapah

Ada pulak yang pantang makan ikan kekacang atau alu-alu. Kalau makan naik kelopak garam, gatal2 (macam alergik)
~ kelopak garam nie hampa tau dak macam mana? serius sy lamaaaaaaa tak guna perkataan nie... klopak garam nie bintat gatal macam terkena ulat bulu tuh..

aperrr? tak pernah kena ulat bulu??? :p ceroiii lahhhh..


~ nie lah kelopak garam..

Kami dulu semak mana yang tak masuk.. katoq mana yang kami tak pergi.
~ katoq tue anak sungai...

.. kerap dapat kelopak garam nie kelau main dalam semak, pi katoq & sauk ikan. Arwah mak kata kena ludah hantu... euwww takut, tapi dalam takut-takut tue, esoknya pergi lagi :p

Katanya dalam pelayaran, kapal pecah dan diselamatkan oleh ikan kekacang nie dan ditolak ke pantai. Yang pantang ikan kekacang nie katanya keturunan Wan. Depa nie pun pantang makan rebung buluh jugak.

Ada yang keturunan Pengiran Laga. yang di Brunei pantang ikan patin. Orang Rawo pulak tak boleh pijak tanah/simen sebelum buat adat
menjejak tanah, kalau tidak cirit sampai membawa ke mati.

Sy fail sikit lah bila sebut nama-nama ikan, yang tahu.. makan ajer :p Ok mari kita google :


~ ikan tapah


~ ikan kekacang /alu-alu

(sumber gambar: carian internet)

Tue dia, depa punya pantang, macam-macam. Kalau sy, pantang nasik kut.. kalau makan, tambah-tambah lagi kalau malam.... uuiii dia punya naikkk, bukan kelopak garam... tapi spare tyre berlapis-lapis thehhehee. Lagi-lagi kalau masa sedap, lagi berlapis... :p

---------------

Jubah daripada kain berpanel.. banyak pakai kain baju nie, nak potong kena ikut panel.





Tuesday, November 15, 2011

Cuba teka.... dalam banyak-banyak buah, buah apa yang boleh dibuat kain? :p

Assalamualaikum..

Semalam, anak buah sy call... dok semawa makan cucuk kodok durian semalam... sy kata sy tak makan durian sekarang, tapi kalau sy balik kampung nanti.. kalau boleh dengan pokok durian tue sy nak bawak balik klang... boleh? :p
~ durian baru duk belajaq luruh sekarang nie... buang buruk.


Dia kata manggis pun ada la nie... ermmmmhhh, acik pun tak makan manggis.... pantang. Tapi depa tau lah... acik memang pantang, pantang jumpak!

Semalam sy buat teka teki teka tekuk kat facebook...

Cuba teka.... dalam banyak-banyak buah, buah apa yang boleh dibuat kain? :p

Nasib baik x der dapat jawap... kalau dapat jawap, sy ingat nak bagi kain nie sehelai :p

Jawapan : Pisang.... :)




Kain/skirt nie berpanel & dia punya bentuk panel macam dengan pisang. Tapi utk jual2.. sy bubuh nama J skirt!




Kain nie pun produk kami yang terbaru yer, RM 75 sehelai, material denim lycra, yang sy punya nie sy cecuba buat version preggy, nak oder pinggang macam biasa pun boleh.


Monday, November 14, 2011

Ilmu baru, baju baru dan produk baru...

Assalamualaikum...

Hari minggu yang lepas sy join kelas cheese tart, fruit tart, tiramisu & triffle kat Kolej Kominiti Klang.






~ senget benget love... adakah sebab sy tak pandai bercinta? LOL




~jilat tiramisu... tak dan sampai rumah :p

Ada jumpa juga dengan geng2 GMJ.. Geng Mesin Jahit. Sy memang tak cam orang sangat lah, tapi depa yang cam sy, cam kat baju... sy pakai wrap dress printed merah +hitam. Berguna jugak loadkan pic baju-baju sy kat blog rupanya.. tapi bahaya jugak kalau orang cam cam kita dalam masa dan keadaan yang tak kena gaya :p :p

Sy sempat jugak jahit sehelai blouse untuk hari kedua, beria-ia :p


~ nak bubuh nama apa tak tau blouse nie...

Tapi cara buat tiramisu tak de lah complicated sangat, tak payah masak pun. Takkan memanjang nasik, sesekali nak juga cheese, kata perut melayu sy LOL

Produk baru di azimaDIYshop :


~twirl skirt -lycra


~ panel skirt- denim lycra