Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Tuesday, May 31, 2011

bina ayat : masuk angin & beristeri empat

Assalamualaikum...

Semalam.. Idris tanya sy apa makna perkataan masuk angin. Sy pun bagilah makna sudah tidak rangup.

Pelajaran di sekolah sekarang, untuk darjah satu ialah membina ayat. Dua perkataan diberikan dan pelajar dikehendaki menggunakan imaginasi mereka ayat menggunakan dua perkataan tersebut dengan dibantu oleh gambar.

Sy ini membina ayat menggunakan perkataan masuk angin.. tetapi belum pun sempat sy membina ayat, di TV disiarkan kisah artis yang berjaya memenuhi kuota beristeri empat. Dua perkataan dah ada & gambar pon dah ada... cantekkk!



Sy rasa sy ingin membina ayat menggunakan perkataan masuk angin dan memasukkan isu semasa, beristeri empat. Tetapi, selepas di tapis-tapis ayat sy tak lulus untuk umum :p

Hanyalah ayat gurau senda untuk suami isteri sahaja yang keluar. Itu pon salah satu tanda dah sihat :p dah boleh melawak.. kalau tidak macam tapai basi. Kehkehkehh....

Ali merasa sungguh bertuah setelah dia beristeri empat, bebanan mencari wang diambilalih oleh kesemua isterinya, dia hanya tahu masuk angin keluar asap sahaja.

Sy tengah google soalan-soalan peperiksaan yang boleh dibuat oleh Idris masa cuti sekolah nie. Dia kata dia bosan, tak tahu nak buat apa di taska. Nak harap sy reka soalan.. idea banyak, tapi merapu :p

Saya merasa sungguh kasihan melihat nasib suami yang beristeri empat, untuk melengkapkan satu putaran yang lengkap, segalanya sudah masuk angin.

Pengsannnn!!

Monday, May 30, 2011

My bad... awak dah cukup BESAR sekarang.

Assalamualaikum..

Sabtu, satu family semua pakat join geng bas sekolah :p lawatan ke kilang coklat, petrosains & mandi kat KLCC.

Pengalaman yang tak dapat dilupakan bila anak sy yang dikasihi hilang selama beberapa minit. Keterujaan dia bermain bersama kawan barunya membuatkan apa yang sy tegur sebelumnya tidak diendahkan. Dia memboikot sy & lalu berjalan dengan kawannya.

My bad... awak dah cukup BESAR sekarang.

Lepas 20 min, sy join kelompok yang awal tue & sy dapati dia tiada.. bersama dengan kawan barunya. Adakah dia dalam kolam tengah mandi bersama kawan-kawan yang lain?

Tidak, dia tiada dalam kelompok tue... sy faham dengan peel anak sy yang dikasihi. Dia susah untuk membuka pakaian di khalayak ramai. Baju yang hendak dipakai semasa mandi ada pada saya... jadi hati sy berkata, dia tidak mandi.

Sy usaha kawal emosi sy, sy selalunya orang yang panik. Mungkin, sebab sy tahu.. awak dah cukup BESAR sekarang.

Bila tengok dia jalan datang abah dia & kawan barunya. Sy ucapkan tahniah pada dia... tahniah awak memang bijak memilih. Awak memilih untuk mengikut kata-kata kawan yang baru awak kenal berbanding sy.

My bad... awak dah cukup BESAR sekarang.

Sy bukan siapa-siapa. Sy tak tahu bagaimana perasaaan menjadi orang BESAR. Sy nie, entah-entah lahir sahaja sudah tua. Tak best berkawan dengan sy.. sy suka marah, suka mengongkong.

Bila sampai di rumah, sy minta dia cakap alhamdulillah. Sy katakan pada dia, itu tanda syukur awak dapat balik rumah. Kalau tidak mesti tak tahu nak balik macam mana kan? Sy tak pasti samaada awak atau kawan awak ada duit atau tidak untuk balik naik teksi.

Tapi, kalau ada duit pon.. awak tahu atau tidak dimana awak tinggal? Tahniah... awak memang dah cukup BESAR sekarang. Tapi jangan bimbang, awak tetap anak sy yang dikasihi.

20 minit tambah beberapa minit selepas sy tahu awak tak ada... macam-macam yang boleh berlaku pada awak. Tahu?

Sy dengan ini memberitahu, sy juga boleh memboikot. Buat masa ini, sy memboikot apa jua lawatan atau jalan-jalan tanpa kehadiran & pengawasan sy. Maaf sy terlalu pengecut untuk menghadapi keadaaan jika keadaan tidak berpihak kepada sy. Titik.

Friday, May 27, 2011

Ingin mengutip kembali apa yang tertinggal...

Assalamualaikum...

Dah lama tenggelam, tiba-tiba coihhh timbuii!

Sy kat mana nie? siapa sy?
~ tetiba hilang ingatan selepas kena sedas suntikan di bottom part ituhari, kihkihkih...

Hari nie alhamdulillah, semua orang dalam rumah tue dah kembali ke rutin asal. Sy dah kembali bekerja semalam & Ishak yang semalam demam & dijaga oleh abah dia.. hari nie dah ke sekolah. Tapi sekarang memang musim demam panas agaknya. Di klinik ramai budak demam & dah la sekarang nie musim exam.

Kita yang tua nie ambik berkat sama :p tergolek 3 hari.. amekkau. Kiranya pecah rekod lah nie, selalu tak sihat pon sy larat lagi nak buat itu, nak buat ini. Kali nie tak... start dengan rasa kaki sejuk, seram sejuk satu badan & demam. Tak dan nak lawan senah.. dok lawan berbungkuih dalam selimut tebal ja. Sampai rasa letih dah tidur, rasa macam penyek dah kepala.. nnggeeee.

Semalam, balik daripada kerja.. baru ada hati nak masak & nak makan nasik. Tak dan nak siap goreng ayam, dah rasa lapaq sangat dah.. kekasih sy kata, alhamdulillah tue tanda dah sihat lah tue.
~ kahkahkah.. laling, yu memang sangat memahami!

Tapi kalau makan bertambah lagi tanda dah sihat :p wiiiiiiiiiii. So semalam semua makan dengan senyuman dengan rasa lega dengan rasa syukur. Alhamdulillah...

Sy kena pasang kuda-kuda balik, exercise sikit & perkasakan balik. Ingin mengutip kembali apa yang tertinggal...

Wednesday, May 25, 2011

Layan diri dulu yer

Assalamualaikum..
Layan diri dulu yer.. sy dah 3 hari MC nie
Yang mana oder nota sahaja.. semua oder hsbn sy dah pos. Yang mana oder pola, tunggu sy kuat sikit yer.. ting tong lagi nie :p\

Giveaway.. mana yang sudi join, jemput join. Nanti sy update yer... tq

Saturday, May 21, 2011

4th Batch GIVEAWAY Deqlis - Teka Percutian

Sy nak join giveaway nie, syarat-syarat :

1. Jadi follower http://ellismelia.blogspot.com & http://deqlis-contest.blogspot.com
yang nie sy KIV kejap booleh? :p PC di office nie tak boleh nak klik button follow, kiter edit kat rumah nanti..
~ fecah rahsia :p mengular masa waktu kerja... nngggeee macam tak biasa.

2. Buat entry & bubuh banner:
'Create

3. Link Giveaway & lepas sy mandrem lebih kurang... Pulau Kapas!

Friday, May 20, 2011

Tips : ~ cara sy ambil ukuran

Assalamualaikum..

Cara mengambil ukuran untuk sape-sape yang nak join giveaway.

Kalau nak shortcut, asal boleh join... bubuh pi lah ukuran berapa pon, kot-kot menang nanti baru pulun ukuq betul-betul. Tapi jangan cerita pulak itu ukuran tipu-tipu.. lurus bendul sangat namanya tue :p

Dan jangan pulak kau tembak-tembak ukuran yang tak logik, agak-agaklah. Jangan labuh tangan sampai ke lutut pulak... kahkhakahkha dah spesis apa tuh?! Kalau senang lagi... google kan ajer ukuran baju readymade yang orang jual kat online & ubah-ubah sikit kalau rasa perlu.

Kalau yang ikut jalan jauh, pi beli tali tape bagai... kalau tak dapat baju raya, dapat ilmu. Paling koman... masing-masing dapat tali tape satu :p

Dek kerana sy tak ada orang lain dijadika mangsa, makanya nie saja mangsa yang ado... boleh lah yer, takdo do rotan... akar pon jadilah yo :p

Nie cara sy ambil ukuran lah yer, cara orang tak pandai.. nngggeeee.


1. dada & pinggang
~ buat satu lingkaran dan masukkan 3 jari (jari telunjuk, hantu & manis) dalam lingkaran tali tape tersebut


2. punggung
~ lepas ukur pinggang.. luaskan lingkaran tali tape anggaran ukuran punggung. Masukkan 3 jari (jari telunjuk, hantu & manis) dalam lingkaran tali tape tersebut dan tarik turun lingkaran tali tape tersebut untuk melepasi punggung dan paha.

Jika lingkaran tali tape tersebut tidak lepas, luaskan lagi beberapa inci. Tujuan ambil ukuran macam nie kerana ada yang mempunyai ukuran paha lebih besar daripada punggung.


3. labuh tangan
~ rasa tulang bahu & letakkan tali tape di situ & ukur sehingga ke tulang pergelangan tangan. Untuk blouse selalunya sy ambil ukuran sampai pada pergelangan tangan sahaja. Untuk baju kurung/kurung modern sy akan ukur 1" labuh daripada pergelangan tangan.


4. labuh baju (jubah)
~ rasa pada pangkal bahu/leher & letakkan tali tape di situ. lalukan tali tape atas breast sehingga ke paras lantai.

Pastikan tali tape tidak terkilas & pijak tali tape pada paras lantai sebagai penanda & baca ukuran tersebut ~ dengan itu, tak perlu menunduk untuk membaca ukuran berapa inci (ini memudahkan jika anda mengambil ukuran badan anda sendiri)

Ini ukuran jubah jika kasut bertumit, boleh tolak 1" jika kasut flat atau tak suka jubah labuh & meleret.

Thursday, May 19, 2011

Tips : menjaga baju lycra..

Assalamualaikum...

Ada yg email kata nak join giveaway tapi tatau ambik ukuran :p

So, mula-mula kita kena berkempen dulu lah, balik sat lagi pi beli tali tape dulu. Satu rumah, satu tali tape :p.

Mula-mula sy ingat nak suruh cari tali rafia (rapia) yang orang buat ikat cendol atau mee rebus, lepas tue sambung-sambung... tapi nampak macam azab sangat kannnn? Kami kena beli cendol atau mee rebus banyak lah kalau lagu tue katanya... haah lah. Itu maknanya, nak makan lagi leceh daripada ambil ukuran.

Ok, balik pi beli tali tape dulu.. esok mai menuntut balik.

Nak cerita pasal menjaga baju lycra.. atau pon apa-apa baju yang memeri. Kalau kita gantung, tak bertali memang tak mati.. tapi takut nanti meloyot labuh. Cara sy, sy lipat & sangkut ajer macam cara lipat & sangkut seluar. Lagi pulak sy dok pikir logic, kalau macam tue kurang sikit kedut (kes malas nak iron balik :p)

Cara basuh, rendam dalam air sabun & gantung ajer tak payah perah. Dah kering baru lipat & sangkut.

Cara iron, sy lapik dengan kain dulu baru iron. Cari lah pape kain cotton atau sesak-sesak sangat sapu tangan pon boleh.

Kalau baju ada blingbling.. iron sekali blingbling tue untuk bagi lekat & kukuh.



Wednesday, May 18, 2011

Untuk tenaga katanya! LOL...

Assalamualaikum...

AVAILABLE lagi yang 2 helai nie, dirty pink & soft purple, saiz M, blingbling, RM 107 termasuk poslaju s'jung.









Hari ahad lepas si Idris demam sampai ke pagi tadi, on & off. Tambahan pulak Isnin lepas ada suntikan BCG kat sekolah dia. Tambahan pulak petang semalam, singgah pasar malam... hujan turun lebat sangat. Masing-masing kuyup kena hujan... si Idris nie sampai nangis sebab hujan lebat sangat, tapi si Ishak pulak gelak suka hati berlari dalam hujan :p

Sy teringat lagi masa Idris kecik-kecik dulu. Masa dia lahir dah berak dalam perut & kecik-kecik dulu selalu dapat flu. Kalau dia demam, suka jadi demam malam. Sy memang akan stay up sepanjang malam monitor panas badan dia.. satu, sebab demam panas nie bahaya. Kedua, sy jenis boleh berjaga malam compare dengan orang rumah sy :p

Masa dia kecik dulu memang menagis kalau diletakkan napkin basah di kepala, so kita nie kena pujukk jugak sampai boleh. Selang sekali lap badan & kaki dengan napkin basah & dia akan nangis... so kita nie pujuk lagi. Tapi alhamdulillah jugak dia jenis tak merap sangat kalau sakit.. sakit-sakit pon still nak main lagi.

Semalam, sambil sy menjahit... sekejap-sekejap betulkan selimut, sekejap-sekejap mengendap nyamuk.. tepuk-tepuk bagi depa tiduq. Bila rasa demam dia dah kurang, sy letak kepala. Orang rumah sy, jenis bangun pagi.. jadi dia pulak take over :p

Sy masih teringat, masa umur Idris dalam 3 tahun rasanya kena campak yang jenis besar-besar. Sy ambil cuti 2 minggu rasanya.. & orang rumah sy ambil cuti selang sehari. Malam sy berjaga, siang sy tergolek :p orang rumah sy take over pulak. Boleh ajer sy pergi kerja gilir-gilir tapi sy tak gamak. Bila campak dia dah kering, ada satu tue sy kopek & masih basah.. dia nangis sakit & sy pulak menangis semahu-mahunya. Rasa ralatlah sangat...

... time anak-anak sakit nie, kalau boleh ganti.. memang kita nak ganti tempat. Itu hebatnya perasaaan bila jadi ibu. MIL sy kata, kalau anak sakit mak-mak nie memang cepat turun berat badan. Berjaga, tak lalu makan, hati tak seronok.

Tapi untuk diri sy, tak boleh apply sangat kot. Berjaga tue ok, tapi makan kena make sure makan... bagi ada tenaga untuk menjaga anak yang sakit. Macam mana nak menjaga anak yang sakit kalau tak makan. Dan semalam, dalam pukul 2 pagi... sy sempat balun satu round. Untuk tenaga katanya! LOL... cas balik tenaga lepas mengendap sekoq nyamuk liaq yang nak ketit anak :p :p







Monday, May 16, 2011

.. satu rumah, satu tali tape.

Assalamualaikum...

Selamat hari guru semua, Idris dia macam biasa.. tiap hari guru dia suruh sy bagi tudung. Fengsann maakkk.... sy ingat nak bagi blouse sehelai ajer, itupon untuk cikgu kelas ajer. Tapi hadiahnya KIV dulu, sy fanccitt sangat semalam.. tak sempat jahit.

Sy tanya Idris, cikgu dia tue kurus ker gemuk? Dia kata kurus. Sy tanya kurus macam mak ker? :p Haah kurus macam mak katanya... mulut manis betul, maknya yang membuak nie masuk ker kategori kurus ker? LOL....

Bila sy buat readymade baju nie, sy dapati ramai yang tak tahu ukuran badan sendiri. Mungkin dah terbiasa, beli baju & fitting. Nanti nak beli baju lagi depa just ingat saiz pada baju. Kalau tak pon depa bergantung pada ukuran baju yang dapat masa upah baju.

Baju readymade yang dijual mungkin berbeza-beza, saiz bergantung pada pengeluar. Tak ada ukuran yang standard. Ukuran saiz tue kekadang membantu.. kekadang boleh jadi tersilap saiz. Jadi, kalau nak beli baju online, rasanya patut ada tali tape satu. Ewahhh macam nak berkempen pulak rasa.. satu rumah, satu tali tape. Berkempen lagi :p

Banyak guna tapi tape nie, bukan nak ukur buat baju ajer. Kekadang kalau kita nak ubah-ubah perabut pon boleh pakai, bagi yang tengah berdiet pon boleh pakai. Pengurangan berat badan tak menjamin pengurangan inci yer.. jadi ambik tali tape & ukur berapa inci dah kurus, itu lebih praktikal.

Jadi, kalau suka shopping baju online, kenalpasti ukuran badan anda & ingat. Selalunya kita akan dapat tahu badan naik atau turun basen on seluar atau baju yang kita selalu pakai. Bila rasa macam tak muat tue & baru ukur balik badan. Senang macam tue... kita yg membeli senang, kita yang menjual pon senang.

Pi beli tapi tape satu yer.... satu rumah, satu tali tape.
~ jangan kata leceh la pulak.. well well well kalau leceh, nak makan lagiiiiii leceh Senah oiii!




~ jubah aladdin, dark chocolate, saiz M, SOLD





~ jubah aladdin, purple grey, saiz M, SOLD

Hai bila lah nak sudahkan sapu cat bilik nie :p ....

Thursday, May 12, 2011

Sehari sebiji tomato..

Assalamualaikum...

Sy sedang berkempen sebenarnya sekarang nie. Pilihanraya kan dah dekat.. kena kampoi sikitlah, nanti jangan lupa pangkah sy naaa! LOL...

.. bukan itu yang sy kempenkan. Sy orang yang alergik dengan politik. Cakap pasal politik, bila dah sentuh bab marhaen.. mula darah tun teja sy membuak naik. Kakakkaka...

.. sy kempen : Sehari sebiji tomato..



.. maknanya sehari makan sebiji tomato, makan lah macam mana pon masak ker, jus ker, buat salad ker.. janji sebijik sehari. Sy makan mentah & rekah makan macam tue saja. Sy nakkan ianya tak renyah & tak memberatkan.

Kenapa harus tomato? Sebab ianya banyak khasiat.. boleh google sendiri, tapi salah satunya antioksidan yang boleh meremajakan kulit. Tomato boleh dapati di masa saja.. supermarket, pasar, mini market.. kedai runcit atau yang kami panggil kedai acheh kat area sini pon ada. Mudah. Makan untuk sebulan dan di hujung bulan, akan teliti apa perubahan. Sapa nak join, boleh join.. tapi untuk yang ini, sy update di facebook.

Sebelum nie sy buat rutin minum air 2L setiap hari. Botol air 2L tue sy letak di meja & pastikan 1L habis sebelum lunch & lagi 1L sebelum balik. Mula-mula memang macam penapislah.. atas minum bawah asyik nak keluar memanjang :p sebab sebelum nie sy jenis liat minum air. Sesekali tue rasanya minum 2L, yang keluar 3L hehehe. Tapi lama-lama dah terbiasa.

Yang minum air nie sy dapati, sy kurang dapat pening kepala. Alhamdulillah.. mungkin toxin dalam badan dapat detox keluar. Jadi, tomato nie.. tengok apa yang akan berlaku.
~ jangan nanti orang kampung tak kenai dah la nooo.. remajalah sangat! Kahkahkahhh...

Tomato nie kalau pada tekak sy.. nak yang barat sikit, potong& makan dengan thousand island, kalau cara kampung buat ayaq asam cicah dengan ikan bakaq ka, atau belah-belah & lepaih dalam kari ka...sempoiii.

Cerita pasal kari.. semalam kakak sy buat aniaya sy. Dia pi MMS kat sy pic nie..


~ aturan mengikut jam : ikan keli goreng, sambal nyok, ulam bebuas & kari mamak ikan puyu.

Sy memang pantang sangat, sy mana boleh tengok benda-benda macam nie. Bikin rasa pedihh ajer perut. Nasib baik ada tomato.. kekah tomato lah, untuk balas dendam. Wat to doo.....
-------------

Lagi pic custom made, kurung modern, nursing wear, saiz M, no bling-bling..





Wednesday, May 11, 2011

.. hari ibu & ayaq jambu.

Assalamualaikum...

Kelmarin Idris kata nak belanja sy & abah dia jambu atau air jambu.. sempena hari ibu, mak pilih la mana-mana jambu atau air jambu.. katanya.Hari sebelumnya dia kata nak beli bunga.. tapi sy kata, bunga tak boleh makan!
~ ahahhaha.. macam tak faham peel maknya tuh!

Tapi bila abah dia kata nak banyak-banyak, dia kata.. dia akan carry forward bekal yang dibawa untuk sekolah pagi ke sekolah petang. Untuk membolehkan dia ada lebih duit saku.

Tak gamaklah abah hang oii... rasa nak menitik ayaq mata! Tapi abah dia melawak ajer sebenarnya... saja nak test, saja nak tengok kelaku.

Semalam, dapat lah merasa ayaq jambu. Rasanya lebih manis & lebih sedap daripada biasa.. anak belanja :p

Tapi sy nie jenis tak alert sangat sambutan hari-hari nie. Kalau tanya sy bila hari ibu, hari bapa pon sy tak tau. Mungkin pasal sy orang kampung, mungkin juga sy rasa perasaan sayang tue harus hadir dari dalam hati, dan disampaikan dengan seikhlas hati jugak. Kalau ia tak melanggar hukum syarak, nak ingat takpa.. tak ingat pon takpa.

No heart feeling.. cuma kalau ingat tue kira bonus. Jangan meminta untuk diberi, biar ia ikhlas dari hati. Macam lawak Jozan, sy ikhlas takat RM 30 ajer, RM 50 dah tak ikhlas.. korek tabung masjid balik untuk balance. Ahahaha...





Lagi baju custom made, kurung aladdin, hitam, saiz XL.... salah seorang peminat blog azimaDIYshop nih!
~ nggeeeee.. ahkak ditimpa perasaan!

Lagi sekali... suka takpa, tak suka pon takpa. Cuma kalau minat tue... dalam hati ada taman lah sekejap! Nggeeee...

Tuesday, May 10, 2011

... siap lah kau chicken fat!

Assalamualaikum..

Orang yang kita sayang memainkan banyak peranan dalam hidup kita, terutamanya dalam meningkatkan diri. Kalau orang luar yang tegur, kita boleh masuk telinga kanan dan keluarkan di telinga kiri, buat dono, buat bodo. Tapi kalau orang yang kita sayang nie tegur, terkesanlah juga kat hati.

Dulu, masa sy tak tahu drive walau dah 8 tahun dok renew lesen buta-buta, sy memang rasa tak yakin, sy takut sy langgaq orang & orang tue mati! Kahkahkahh..

.. sungguh sy penakut betui, sy jenis gabra, kelam kabut & lepot plak tuh.
~ lepot tue tak lasak lah.. tengah jalan elok-elok pon boleh jatuh :p

Orang lain, kalau takut boleh menjerit.. sy kalau takut, sy rasa sempit dada & terdiam tak kata apa-apa. Sy teringat lagi masa naik roller coster masa dok bercinta-cinta dengan kekasih sy dulu :p

... orang lain dok menjerit wak wit, wak wit... sy selop!!
~ selop tue terdiam & selalunya dikaitkan dengan budak nangis terlampau sampai hilang suara.

Ahahahaa.. sy kena remind dalam kepada, bernafas, bernafas & bernafas. LOL....

Yang boleh sy tekad nak belajaq drive balik... bila Idris kata, abang teringin nak jalan-jalan dengan mak naik kereta. Ooooiiicc... dia teringin macam tue, kami spend masa berdua jalan-jalan sama.

Dan kalau sy rasa vitamin M (malas) sy banyak sangat.. sy selalu suruh orang rumah sy pesan jangan malas sangat. Dia memang takkan cakap sy pemalas.. tapi sy paksa dia. Ahahahaa... pagi nie sy paksa dia cakap sy gendut! Ngggeee... terima kasih. Sy bersemangat.. siap lah kau chicken fat!
~ debik-debik pada perut gendut!






Custom made XS. Mak budak punya, tapi kecik molek... serius pinggang kain ahkak pakai kat drumstik! LOL...

*** sy berura-ura untuk azam, sehari sebiji tomato.. kekah makan macam tue ja, untuk meremajakan kulit!
~ kakakaka... remaja lah sangat!

Monday, May 9, 2011

untuk sape2 yang - berpunggung 50 inci

untuk sape2 yang
- berpunggung 50 inci
- minat baju kurung readymade sy
- minat kaler maroon...
~ ada tawaran diskaun sket nak bagi :p

BLOUSE 2 in 1~ readymade saiz S & M

Assalamualaikum..

Kalau ada berkenan dihati, bolehlah pinang.. RM 56 sehelai termasuk poslaju (s'jung)

(Saiz nanti sy update!)


MERAH BATA ~ SAIZ M



PINK ~ WARNA SEBENAR TAK SHOCKING SANGAT SPT DALAM GAMBAR, SAIZ S


~ SOFT PINK, SAIZ S


~BIRU KELABU~ WARNA SEBENAR BIRU KELABU SIKIT TAK SEPERTI DALAM GAMBAR, SAIZ M


~ LIGHT BLUE, SAIZ M


~ HITAM, SAIZ S

yaaa! sy sedang memerli (spelling? perli sepatutnya jadi memerli atau memperli? sy tak pasti

Assalamuaalaikum...

Ada banyak benda kelakar yang berlaku kebelakangan ini dalam hidup sy :p Bila badan letih tapi kena push untuk melakukan sesuatu... sy cenderung untuk menjadi gila-gila.
~ gila-gila.. bukan gila, bahaya tue :p

Sy teringat kisah masa abang sy datang rumah masa nak hantar anak dia balik Mesir. Dia kata, kalau tv harga RM 2, hari-hari dia akan hempuk tv. Kelihatannya ganas :p tapi dia sebenarnya tertekan dengan simptom muak & loya-loya yang dialami tiap kali menghampiri pilihanraya :p

Kelakar & sy memahami. Sy akui, corak pemikirannya sama seperti sy, kami tak perlu di-GULA-GULA-kan!. Sy katakan pada dia... nak hempuk tv? Balik hempuk tv kat rumah dulu lah... kikikikikk.

Semalam, sy rasa kelakar sekali lagi dan kalau tv itu memang RM 2... sy dah cucuh ke api. Berita semalam terselit tentang bahaya menorek telinga. Ada sape yang tengok segment tue semalam? Kehkehkehh... sungguh kelakar!
~ yaaa! sy sedang memerli (spelling? perli sepatutnya jadi memerli atau memperli? sy tak pasti)

"Telinga manusia terbahagi kepada telinga luar, tengah & dalam. Perbuatan mengorek telinga boleh menyebabkan keradangan dan yang boleh menyebabkan kepekakkan.. jadi, disarankan untuk berjumpa pakar."

Sy tak berapa ingat sangat skrip tue tapi macam tuelah lebih kurang. Sy dengan kekasih sy kebetulan hujung minggu lepas letih sungguh, dia bertukang, sy siapkan tempahan, mengajar & semalam kami pi beli kain & lain-lain peralatan menjahit sy.

Dan jugak peel kami berdua nie suka reka skrip sendiri.. makanya terkeluarlah dialog-dialog kelakar untuk stok geli-geli ketiak.

Doc pakar telinga : Ya, encik ada masalah apa?

Manusia masuk air : Sy nak minta doktor pakar korekkan telinga sy boleh?

Doc pakar telinga : Satu putik kapas sy caj RM 300, boleh?

Helloo.. korek telinga pon nak kena jumpa pakar, cakap pom pang pum pang boleh lahh, nie hat marhaen yang makan pon kena catu nie macam mana?

Sy orang kampung & sy tahu apa erti susah. Tapi susah-susah sy, alhamdulillah tak pernah tertangguh keinginan nak makan. Tapi sy faham apa perasaan bila anak-anak suarakan keinginan nak makan itu dan ini, dalam masa yang sama ibubapa tak boleh nak adakan & tunggu gaji. Sy pakai kereta buruk & bocor pon tak apa.. alhamdulllah, tapi sy cukup sensitif bab makan & anak-anak.

Jangan buat kelakar sangat masa zaman-zaman sekarang nie, dengan harga barang makin naik. Ke pasar bawa RM 50 pon dah tak terasa apa-apa. Jadi RM 300 kita nak bagi makan anak-anak atau nak korek telinga?

Kekadang ada ketika kita dengar benda-benda kelakar macam nie, kita boleh gelak & kalau kelakar tak menjadi kita boleh oooiiicc kan ajer. Tapi kalau salah masa dan keadaan boleh merasa makan kasut saiz 9!

Kau takkan tahu apa erti susah sehingga kau merasa susah. Dan aku takkan merasa apa itu kaya.. kerana aku tidak mahu kaya. Kerana, kaya itu akan membuat aku jauh daripada-Nya!!


***Kekasih sy potong duit saku Idris kepada RM 1.50 sebagai denda. Tapi RM 0.50 dia bawa balik semula ke rumah. Bila abah dia tanya kenapa tak beli pape RM 0.50 nie? ... mana ada aiskrim yang boleh beli dengan RM 0.50, katanya dengan muka monyok tapi kelakar. Bagus.. satu pengajaran untuk kamu. Rasaiinnn!

Saturday, May 7, 2011

ayat coverina & pink tergejut..

Assalamualaikum...

Sy punch card menjahit dalam pukul 10 lebih malam tadi, sampai la nie still berjaga.. letak kepala dan setengah jam ja & la kerja pulak. Mengantokkk uiiii... menyesai pun ada kadang-kadang kalau time dah tak larat celik mata... ada mancis? Nak pinjamm!





Warna ungu kelabu & hijau lumut, saiz S, jiran sy punya.. punya lah duduk bertahun baru kenal jiran LOL... atau boleh tak sy buat ayat coverina, maaflah sy nie RABUN, tue yang tak berapa kenal orang :p Padahal menjahit boleh pulak kau kan.. serius kan Senah?.. itu ajer ayat yang paling afdal!








Oder kawan sekolah... shocking pink, pink tergejut.. memang betul-betul ahkak hurut dada, tergejut.. ahkak mendap sungguh :p

Thursday, May 5, 2011

cerita ceriti balik kampung

Assalamualaikum...

Sy dah ok, urat sy dah ganti dengan dawai, tulang sy dah ganti dengan besi.. berkat mengerjakan praktikal menanam padi di balkoni rumah sy semalam...
~ nggeee... sy tipu!

Adalah tue sy sy kerjakan.. tak bilik air, bilik jahit sy. Tak bilik jahit, almari baju sy... tak almari baju sy, orang rumah sy. Kikikikik...

Urat & sendi rasa selesa hari ni & sy kembali semangat untuk bekerja, siap pasang kuda-kuda!

Ok, cerita ceriti balik kampung.. cadangnya nak balik kampung pukul 4 pagi, last-last subuh baru gerak. Sebabnya masa sy menjahit, Ishak terjaga & nak menyusu.. last-last sy sekali hanyut. Jahitan yang sikit lagi nak siap tue, sy kena siapkan jugak sebelum balik.

Masa dalam kereta, masa berkualiti sy... tidurrrr! Sedar-sedar ajer dah kat Tapah rasanya, dah half way kauuu. Memang tidur mampuss terus... nnggee. Berhenti kat situ, makan nasik.. ada lauk tapau dari rumah patin masak lemak cili padi sikit & beli lauk tambahan kat R&R.

Serius makanan kat R&R sekarang nie mencekik gila, 3 ekor keli saiz kecik buat masak sambal & 2 ketul ayam masak kicap = RM 20! Kalau ikut hati den, rasa macam nak hantar santau ajer... hihhihii!
~ tipuuuu.. takderlah. black magik nie, ahkak memang black lah, blacklist.

Sampai rumah dah dalam tengah hari.. dek kerana kat rumah tak ada lauk. Kakak sy tapau beli lauk kat kedai Kubu Gajah, berdepan dengan exit tol Bukit Merah. Dia beli ikan keli bakar 5 ekor saiz sedang, air asam, sambal tempoyak, 2 ketul pajeri nenas, kerabu perut + pucuk paku. Teka berapa RM? Bila tanya berapa memang rasa hangattttt hati kat R&R tue. RM 16 jer Senahhh... tak ker rasa nak bako? kita bako, kita bako ajer!

Petang & malam tak ke mana, just borak-borak sambil sy potong kain. Sy bawak balik mesin jahit tepi ke kampung kali nie. Dah gunting, jahit tepi terus... punya lah nak kampoi!


~ Darwish sampai lewat sikit.. dah kurus dah dia, tengah mengesot sekarang nie. Masa sy nak balik, sy kiss banyak kali & anak buah sy kata, jaga-jaga acik nanti berjangkit (kakak sy ygang umur 43 tue kan tengah mengandung sekarang nie :p) Sy kata.. nak jangkit, acik pandai-pandai kelepiaq lah :p
~ tau ker kelepiaq tue, amende? :p

Ahadnya, pagi pergi Pekan Ahad Sungai Gedung..


~ see.. ada orang jual rokok daun. Sy teringat dulu masa kecik ambil rokok daun nie & buat korek telinga. Bukan main rojoh macam tue saja, kena lipat & buang dulu hujung rokok baru boleh korek telinga.. tapi syokk oooo korek LOL!

Balik singgah rumah kawan kakak sy ambil ukuran baju dia, kemudian terus gi rumah kakak sy. Kami kenduri ikan sepat hari tuee...


~ sy buntu dan keliru, tak tahu mana satu nak cicah.. dengan sambal membelam atau dengan sambal tempoyak... ngan masak sambal ikan sepat lagi. Sy tak tahu memilih yang mana satu... rasa macam hilang ingatan pon ada, meahaahha. Last-last yang sy tahu, tetiba sy tersandar kekenyangan. Ngggeeee.. hingga sekarang baru sy teringat, sy tak rasa pon masak labu air tue.. ishh ishh isshhh.


~ zoom, telur ikan sepat tue lagi asyikkk kalau buat asam pedas, aduhaiii...


~ sesi cuba baju... kurung butterfly saiz L, tudung tak matching daaa tapi selamber ajer dia, nak kaler merah tuuuhh. See kalau sy tak jaga badan, sy bakal masuk dalam kelompok nie, wat to do.. dah baka macam nie.. tue yang kena pedo-pedo sikit makan. Tapi kalau balik kampung sy tak boleh pedo-pedo.. sy sebat ajer :p


~ anak buah.. nak jugak tuhh :p

.. petang pi Bagan Serai kejap beli baju anak-anak, dek kerana sy banyak makan semut gamaknya. Masa sy pack baju anak-anak, sy pack seluar Idris ajer.. baju sy terlupa! Balik rumah rumah, kawan mai ambik baju & malamnya tue sy pergi hantar baju kat kawan pulak & terus gi Kamunting, tapau nasik ayam.


~ see.. terpacol isi ayam dia,mengalahkan isi sy.. ahhahaha.

Nasi Ayam K.T.M kat Kamunting... kalau naik bas Merah yang lalu dari Bagan Serai ke Taiping tue, bus akan lalu depan kedai tue. Sy tak berapa pandai bagi landmark, apa nama taktau tempat tue..

RM 4 sebungkus, berlambakkk nasik & ayam dia! Serius, sy jatuh rahang! Satu bungkus, boleh kongsi dua orang, sy kongsi ngan orang rumah sy.


~ ini kisah benarrr.. bukan chobaan! RM 4.00 yerr...

Asyik sangat snap pic, sampai orang rumah sy tanya bila nak boleh makan? Hahhhahaa... sy terpersona! LOL...


~ pandangan tepi... see membuak-buak isi :p

Esok paginya, nak balik plan gerak awal.. tapi kawan sy request nak tampal bling-bling. Malamnya sy tak sempat tampal pasal mengantuk sangat.. terlewat gak gerak balik. Dalam kul 9.30 balik sampai Klang pukul satu lebih. Banyak makan masa pasal terpaksa exit Gopeng & Rawang, isi NGV. Wat to do... nak jimat, cara orang tak berduit! Nggeee...



Malamnya.. keluar makan, agenda tertunda birthday baby boy ituhari. Minum ais tak sedar diri nie lah yang buat sy alah dapat 3 serangkai ituhari :p Padan hidung!