Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Friday, April 29, 2011

kupang & derau

Assalamuaalikum...

Rabak mata sy hari nie :p

Semalam, lepas standby oder nota, sy mula menjahit baju. Dek kerana ralit buat kerja sambil dengar lagu-lagu tahun 90 an, sedar-sedar ajer DJ radio kata kejap lagi masuk waktu subuh. Aduhaii terlajak sudah...

Nak berjaga, berjaga juga.. tapi sy kontrol jugaklah, jangan bagi lajak sesangat & selalu-selalu sangat. Takut penyakit datang... selang-selang lah. Hari nie stay up, esok tidur macam biasa.. badan nak kena jaga sama dekk!

Sy sebenarnya dah tak der mood nak buat kerja.. :p Bolehh?

Tak sabar dah nie nak balik kampung cuti labour day nie, mana yang nak balik kampung terutamanya sabtu pagi & menghala ke utara, hati-hati ok. Dengan pesanan, jangan sampai cilok kereta ahkak, nanti ahkak take over kereta & tunggu hampa kat simpang! LOL.. simpang mana? Belah utara banyak simpang.. simpang taiping, simpat empat semanggoi, simpang tiga selinsing, simpang siur :p

Bila cerita balik kampung... sy teringat bendang & teringat cerita dulu-dulu.

Ambil mood ok, kita nak flash back nie... sekitar hujung 80an & awal 90-an, masa tue kita belum baliaq lagi nngggeee... tak tau apa lagi, tau seronok nak main ajer :p

Dulu, nak buat bendang tue cukup susah... semua pakai kederat tulang 4 kerat. Kita cerita cara nak mengusahakan bendang cara dulu. Nanti, kot-kot harga beras melambung naik, boleh kita pakat-pakat tanam padi kat balkoni atau bumbung rumah masing-masing ker kan?
~ bengkek hati kan? marhaen nie, duduk dalam rumah nak bernapas pon sesak, lagikan pulak nak menanam bagai....

Ok, mula-mula... petak bendang akan diracun dan dibersihkan. Rumput-rumput yang dah mati akan di longgok-longgokkan dan balik-balikkan untuk pastikan rumput benar-benar mati.

Masukan anak benih dalam guni, ikat & rendam dalam tali ayaq. Rendam nak bagi benih tue tumbuh tunas.. kalau tak pon rendam dalam besen besaq.

Lepas tue, kita kena menabuq~ menabur. Cari plastik guni baja ataupun daun pisang & susun tepi batas tali ayaq. Kaut keleboq (selut) yang dalam tali ayaq tue pakai baldi & tuang atas pastik atau daun pisang tadi. Ratakan.. part nie sy selalu mengelak, sy nie penggeli. Kekadang ada macam-macam binatang dalam selut tue... eiii geli sungguh!

Kemudian tabuq benih padi.. dah siap tutup dengan guni atau daun pisang, untuk elak ayam patuk makan benih padi tue. Tunggu sampai anak padi tue tumbuh dalam anggaraan sejengkal.



Koyak benih padi yang tumbuh atas selut (semai) kepada saiz yang lebih kecil dan disemai ke petak semai di dalam bendang.Tunggu lagi sampai semai besar sikit..

... bila dah besar, kena cabut semai tue, depa ikat semai & kandaq untuk diagih-agihkan ke keseluruhan petak bendang.



Untuk kami yang budak-budak nie... masa cabut semai nie, kami bubuh semai atas plastik besar, kami tarik dalam bendang untuk hantar ke petak bendang. Sy tarik satu bucu, kakak sy tarik satu bucu.

Dalam bendang kan ada ayaq.. jadi seronoklah. Masa pergi bawak semai, masa balik.. kami gilir-gilir naik atas plastik tue pulak. Kakak sy duduk atas plastik dan sy tarik dia, bergilir-gilir lah. Masa tue bendang tak ada lintah & pacat kat batas bendang ajer. Main kejar-kejar dalam bendang.. penat tue memang penat tapi.... syokkk ooooo!!!!

Tapi ada satu jenis semut api yang kekadang ada dalam semai.. kalau kena gigit, sakit sungguh. Sy pernah tengok paha arwah mak sy yang kena gigit & bengkak menggelupas kulit. Sy pernah tanya arwah mak sy.. sakit tak? Dia kata kalau budak-budak budak dah menangis, nasib baik dia dah tua. Maknanya sakit sungguh bisa kena gigit semut tue :( :( sedihnyaa...

Semasa proses menanam.. semai tue akan akan dicarikkan kepada yang lebih kecil dan ditanam dengan kuku kambing.



Bila dah siap tanam, biar hingga besar, tapi dalam pada tue kenalah tabur baja. Bila pokok padi dah besar, ayaq dalam petak bendang akan dikeringkan dan selalunya masa nie lah orang kampung rajin menggagau ikan, mengail ikan, menangkoi, menjala & macam-macam lagi.

Tunggu padi masak... kalau masa tunggu padi masak nie, sy ingat selalu petang-petang abah bawa kami naik motor ronda-ronda naik motor tengok padi, masing-masing pakat berebut nak duduk depan motor.. hai nostalgia batul.

Bila padi dah masak, pokok padi akan dikerat dengan pisau mengerat..



.... kemudian di letakkan di celah perdu pokok padi untuk proses seterusnya iaitu memukui ~ memukul.



Pokok padi di pukul pada tangga yang diletakkan dalam tong padi dan didepan tong diletakkan layar daripada plastik baja untuk elakkan daripada padi tercampak keluar. Padi yang telah dikumpulkan, di jemur dan dianginkan untuk pisahkan dengan hampas. Kemudian akan dimasukkan dalam guni padi untuk dihantar ke kilang.

Kalau masa menanam atau mengerat nie.. sy punya tugas kena hantaq makanan untuk orang yang menanam atau mengerat tue. Tak dernya sy nak duduk lama di bendang.. geli dengan pacat. Hantar makanan... terus lari menyerit balik :p

Selalunya, menanam atau mengerat nie kerja orang perempuan. Kerja orang lelaki masa menanam ialah kandaq semai ke petak bendang. Kalau masa mengerat.. orang lelaki memukui padi.

Sy masih ingat lagi ada satu sistem yang orang kampung guna kalau masa mengerat atau menanam... iaitu kupang & derau. Kupang maknanya, kerja mengerat atau menanam upahnya dibayar dengan duit. Derau pulak maksudnya dalam satu kumpulan tue masing-masing bergilir buat kerja. Kalau padi sy dah masak dulu, kawan-kawan dalam kumpulan sy akan mengerat bendang sy dulu. Esoknya padi Jah masak.. sy pi mengerat padi dia pulak.

Arwah mak sy selalunya akan reserve kan satu tempat untuk dia tanam padi pulut untuk buat ketupat masa raya & untuk makan sendiri. Dia juga ada tanam sikit spesis padi yang kami panggil padi burung... padi nie biji padinya kecik & pokoknya pon kecik dan rendah ajerr...

.. tapi bila last time sy jejak kaki ke bendang? Lamaaa sangat walaupun rumah dekat ajer ngan bendang... la nie katanya bendang ada lintah, lagilahhhh geli :p

So, teori dah ada.. bila kita nak buat praktikal tanam padi kat balkoni rumah kita? LOL...

Thursday, April 28, 2011

baby boy yang ke 35 :p

Assalamualaikum...

Hari nie hari lahir teman, kekasih & baby boy yang ke 35 :p
~ laling.. temah ucapkan selamat hari lahir..

Seperti biasa, sementara tunggu pukul 12 malam.. kami bercerita, tentang kisah-kisah dulu & masa depan. Apa berbezaan & apa perubahan, apa yang tak suka apa yang suka. Dia highlight kan beberapa kekurangan sy & kelebihan sy.. dan sy juga buat benda yang sama. Kami bercerita secara jujur. Pada sy, apalah perkahwinan itu jika tanpa komunikasi...

... waktu-waktu bahagia macam nielah nak kena highlight mana yang tak kena. Jadi teguran itu diterima dengan lebih berlapang dada. Jangan tunggu bila ada masalah baru nak tegur.. susah nak terima dan mungkin akan ada sedikit unsur ego masa tue.
~ laling semoga panjang umur murah rezeki, temah sayang hanya pada laling seorang! :p

Ngggeee.. jangan ada yang muntah dah LOL.. kasi can lah, orang tua pon nak bercinta jugeekk :p

Wednesday, April 27, 2011

Lagi pic blouse 2 in 1 ~ blouse + shawl

Assalamualaikum...

Lagi pic blouse 2 in 1 ~ blouse + shawl






~ Shocking Pink, Saiz S, RM 50 (tak termasuk pos) ~ AVAIALBLE






~ Gray, Saiz M, RM 50 (tak termasuk pos) ~ SOLD

Tuesday, April 26, 2011

fitting & biskut 4 segi....

Assalamualaikum..


~ kurung aladdin terbesaq yg sy buat so far. Seperti yang sy bagitahu sebelum nie.. sy bukan nak aim kat saiz orang tue, sy nak highlight bahawa sy respek dengan mereka yg plus size tapi berani berfashion & bermain warna.

Sepatutnya hari nie sy nak bagi baju nie kat owner dia untuk buat fitting... dah dalam kereta baru teringat baju nie tertinggal. Hampeh sungguh... sy ada agenda sendiri sebenarnya, kain warna nie sy beli lebih.


~ elok lepas snap pic, coihhh.... kain melorot jatuh.. kekekeke

Kalau dah buat fitting & baju dah ok, tak ada yang tersilap potong... balance kain tue sy nak buat blouse 2 in 1 kat sy. Balance kain tue sebenarnya tak berapa cukup nak dapatkan shawl seperti labuh yg standard, tapi dek kerana nak pakai utk sendiri.... kira acilah kot nuh? Habuan nak pakai sendiri, yang mana reject tue.. hat tue lah kita ambik pakai huhuhu. Wat to do... nasib nasib :(



Semalam, kami bersembang punya bersembang... ada orang tue dah terlajak dari waktu tidur dia. Masa orang lain makan, dia sibuk main.. dah malam-malam buta, baru cakap lapar. Kaunter makan ditutup pada pukul 9 malam yer anak-anak, lepas daripada tue sebarang masalah tidak akan dilayan.

Tapi dia selalu bilang dia kan kecik lagi... oooiiiiccc, maknanya awak kecik lagi so, awak ingat awak boleh buli sy dengan buat ayat comel macam tue? Awak mengorat saya pon sy takkan termakan dengan ayat-ayat mulut manis awak tue.. tahu?
~ skrip rekaan sahaja :p



Sy buatkan vico & biskut 4 segi ajer. Kelihatan sy kejam sangat kan? takk... dia cukup dengan itu :) Dia layan ajer & dek kerana melihatkan dia beria makan.. sy pon ikut sama rasa lapar :p

Biskut 4 segi tue sejak dari zaman sy kecik lagi, tak boleh lupa style mematahkan biskut tue. Letak di atas tapak tangan & karate.. dan bila melihatkan Ishak membuat cara yang sama, sy terpesona :)

Dibesarkan di kampung & rapat pulak dengan arwah mak, petang-petang hari selalu mengekor dia pergi rumah jiran.. sembang-sembang kosong, mesyuarat tingkap kata orang :p

Dan... adatlah orang kampung, dah namanya tetamu.. kalau tak ada apa sangat, ayaq kopi O & biskut 4 segi nie lah yg paling basic mesti ada dalam rumah. Kemestian kalau tiba-tiba tetamu datang..

... sedap wehh kalau dengaq mak-mak bergosip sambil ralit cicah biskut 4 segi dalam ayaq kopi. Serius sy ok walaupun hanya kopi O dan biskut 4 segi ajer, cukup ok sehingga kekadang tue tuan rumah kena topup pon ada... thehehhe.

Sehingga sekarang sy ok.. ituhari dek kerana teringat kat biskut 4 segi, satu plastik tue sy & anak-anak sekali hadap. LOL....


Teingat lagi.. pergi kedai tok wan lid beli biskut 4 segi, beli yang pakai timbang tue. Cukup syokkk cicah... tambah-tambah lagi kalau musim hujan!

~ kekasih sy kata, biskut 4 segi sekarang, saiznya lebih kecil. Yalah.. mungkin beberapa mm, kalau nak test, kita kena cari cawan lama macam zaman mak-mak dulu guna, cawan cawan arcopal alkorok dulu. Kalau biskut tue celuih...
~ kita ulangkaji yer anak-anak, apa maksud perkataan celuih tue?

.. kalau celuih masuk ke mulut cawan, maknanya betullah biskut 4 segi sekarang dah alami transformasi :p

Biskut 4 segi sepatutnya tak celuih masuk ke mulut cawan, sebab tuelah pelbagai style & gaya kami reka untuk mematahkannya kepada dua.. dan seringkali juga patah hancur kalau karate pada sisi yang salah! LOL..

Monday, April 25, 2011

~ Tutorial : Macam mana nak pakai blouse 2 in 1 ~

Assalamualaikum...

Baju saiz S, hakikatnya sy saiz M :p


1. pakai baju & pegang bahagian shawl


2. belit ke belakang.. terpulang samaada dari kanan ke kiri atau dari kiri ke kanan.. bergantung kepada kebiasaan anda


3. singkap naik shawl untuk menutup kepala ~ sy memakai inner neck untuk menutup rambut & leher, boleh juga pakai inner syria


4. untuk yang nak belit 2 kali ( kurang menutup dada) boleh belit shawl & pinkan. sy hanya belit sekali dan membiarkan shawl menutup sepenuhnya dada.

Redha lah.. bukan rezeki sy.

Assalamualaikum...

Hujung minggu yang agak produktif untuk saya, rasanya bekerja di bawah tekanan lagi berhasil pada sy :p

Ok, menyiapkan tampahan untuk di bawa balik & ini rutin sy sejak dulu lagi. Bila ahkak nak balik kampung, maka berbondong-bondong lah yang harus dibawa. Mana baju yg dah siap jahit, kain yang belum jahit.. dan sejak depa pakai handfon yang ada MMS, kain yang mana dah siap jahit, depa demand pulak suruh hantar MMS... tak sabaq nak tengok katanya. Haduiii... semput ahkak.
~ tenang.. bawa bertenang, nanti cepat kedut! :p

Tak kisah lah hat tue... seronok kalau tengok kakak-kakak kita pakai baju hasil dari ayaq tangan kita. Nak tolong bab duti ringgit, kita tak mampu.. takat harga adik beradik, itu ajerlah yang mampu. Rezeki daripada berkat doa depa jugak... tak gitu?

Bercakap pasal rezeki.. sy pernah tulis dulu, kalau namanya bukan rezeki kita... dah dalam mulut pon Allah boleh bagi terkeluaq balik. Ada dua helai baju sy yang dah siap sy jahit & masa iron bling bling, kain yang sy buat lapik tue turun warna pada baju.

Sy dah basuh pakai kloroq tanak tangal, Mr. Muscle yang sy buat sental dinding bilik air tue pon sy guna... tanak tanggal jugak. Ok, that's it. Redha lah.. bukan rezeki sy. Kadangkala dalam melakukan sesuatu, ter over do pun tak menjadi juga.






~ jubah aladdin ungu kelabu.. orangnya tinggi & harap-harap bila pakai bling bling yang satu tue terenjak atas sikit.. :p

Saturday, April 23, 2011

Kurung modern & jubah aladdin...

Assalamualaikum...

... kurung modern aladdin.






... jubah aladdin ~ baju seperti dalam entry sebelum nie.



Friday, April 22, 2011

Besaq ~sy nak buat lagu mana bagi celuih.

Assalamualaikum...

Sat ja nooo.. dah jummat balik. Dalam pada dok cekau sana, cekau sini.. terkam sana, terkam sini. Rasa macam tak dan buat apa pon, tapi nak masuk bulan May dah.

Mempunyai anak yg bersekolah, sy menjadi sedikit prihatin... terutama tentang cuti sekolah :p. Ituhari anak buah sy bertanya, cuti sekolah nie acik nak pi mana? Well well well... sy sebenarnya tak merancang untuk meletakkan cuti sekolah = pergi berjalan-jalan menjadi satu kebiasaan. Biaq depa rasa macam biasa ja... macam tak ada apa benda berlaku. Time sekolah kena pi sekolah, time cuti kena pi taska.. makpak hang kena kerja lagipun depa bukannya kerja chop duit. Kikikikik...

... macam tue lah ayat yang arwah mak & kakak sy dok kata kalau nak benda yg demand sikit. Awat hang ingat pak hang kerja chop duit? Tapi ada ka pekerjaan chop duit.. itu yang sy dok tertanya-tanya dulu :p

Lagi satu... rimas rasanya nak jalan ke mana-mana waktu cuti sekolah nie, sana sini orang meremut :p. Tapi, terrrrr plan lah jugak nak pi satu tempat untuk cuti... kerja tunggang tungging pun kalau ada benda untuk reward diri sendiri (& family) pon best jugak nuhhh... jadi, nanti-nanti kita bersemangat lebih lagi. So kiranyanya nie untuk semua, cuti sekolah pon iya, dah lama tak jalan pon iya, sesekali nak reward diri pon iya.

Hari nie sy nak cerita tentang besaq. Ituhari sy terima oder dari orang besaq.. maksudnya sy saiz dia. Sy terkedu gak sebenaqnya.. sebab sy tak tau nak buat lagu mana! Design baju nie bahu mai sekali sambung ngan tangan.. so kita ada kekangan kat situ. Kalau orang tue badan besaq... kain lebaq takat 60 inci saja.. jadi kita nak bubuh kat mana tangan pulak nak bagi celuih?
~ celuih tue muatlah maksudnya...

Sy boleh ja kata.. taktau buat lah kak, tak cukup tanah!

Meahahah... sy melawak ajer nie, sy bukan nak aim kat saiz & kain extra yg nak kena beli tue. Tapi sy respek sebenarnya kalau orang berbadan besaq tapi still nak berfesyen... bagi sy itu berani. Feel comfortable with your body.. adalah salah satu cara untuk naikkan self esteem.

Pakaian boleh mempengaruhi pembawakan diri, misalnya pakai selipar dengan high heel. Dengan memakai selipar mungkin sy berjalan bersepah sikit, ikut dan ajer & sedikit unsur serabai . Dalam kepala dok pikiaq.. janganlah jumpa dengan sapa-sapa yang kenal!

Tapi tapi bila dengan high heel, gaya langkah dah lain.. sekurang-kurangnya yang bersepah tadi terdidik lah sikit, yakin sikit... jalan pon tengok orang sebab dok perasan macam orang dok tengok kita.... nngeeeee. Walaupun pada hakikatnya.. orang dok usya taik mata sesat kita! Kehkehkehh...

kat mana kita tadi?

.. ok, sy respek ngan orang yang berbadan besaq, tapi berani berfesyen & berani bermain dengan warna. Mempunyai tubuh badan yang besaq, tak bermakna tak boleh berfesyen apa pon.. tak cantik. Cantik kalau kena gaya, tapi tak cantik jugak kalau over confident. Yang sedang-sedang dah lah.. kita nak yang manis-manis dipandang mata, yang agak-agak orang tengok & tak toleh tengok sampai 2 kali.

Kerana kalau toleh 2 kali tue maksudnya pon ada 2... cantik sangat atau buruk sangat :p



Sy ambik oder tue & sy buat tue sebagai cabaran. Kalu ituhari oder untuk orang yang kecikk sy salah potong dua kali :p Kali nie untuk orang besaq, nanti kita tengok... sy salah potong berapa kali. Hampa tolong kira... kikikikik.



... tapi ini bukan oder yg sy maksudkan... yg sy maksudkan 3 kali ganda.

Tapi, sy buka nak aim pada besaq. Sy nak try pikiaq tengok, kot mana sy nak buat lagu mana bagi celuih?

Wednesday, April 20, 2011

Aiskrim Malaysia... ada thrill & mencabar daya ketahanan :p

Assalamualaikum...

Dek kerana sy liat cas handfon, makanya tak dapatlah nak upload pic baju yang sy jahit & snap pagi tadi. Jadi kita KIV dulu hat tue....

Nak cerita satu aktiviti malam yang kami adik beradik buat, lazimnya selang sehari. Dulu, masa kecik lagi, kami antara rumah yang jual ais batu..
~ kami panggil ais ketoi :p

& aiskrim Malaysia nie. Jadi, malam lepas kakak ajar kami mengaji... nie lah aktiviti kami, tolong buat aiskrim. Dek kerana kami nie kecikkk lagi & tak berapa pandai ikat, kalau ikat mesti jadi kendoq
~ kendoq tue maknanya tak tegang lah..

.... aiskrim tue. Jadi lepas kakak isi masuk air dalam plastik aiskrim tue kami, akan tolong pegang sementara kakak sy yang lagi sorang akan ikat. Macam-macam perasa kami buat.. untuk jual & juga untuk makan sendiri.

Sy tak berapa ingat berapa harga aiskrim tue kami jual dulu. Tapi yang paling sy ingat... balance air yang tak cukup untuk buat sebatang aiskrim selalu jadi rebutan antara sy & kakak sy yang umurnya tua setahun daripada sy tue. Kami tue merujuk kepada sy & dialah.. kawan sy dok bergaduh masa kecik-kecik dulu :p


(sumber: carian internet)
~ ais krim asam masin (asam boi), gigit sikit kat hujung & hisapp... aduhaiiii.

Bila air tue tak cukup untuk buat sebatang aiskrim, jadinya aiskrim tue pendeklah daripada yang lainnya. Pendek & comel... makanya masing-masing pakat dok chop dulu. Tapi bila dah keras, alih-alih orang lain dapat dulu, tak ker bergaduh?

Kalau nak dibandingkan, bergaduh ngan dia masa kecik dengan anak-anak sy bergaduh... sy ngan kakak sy tue lagi handal bergaduh.... kikikikikik. Pukul, tarik rambut, cubit, mencarut :p semua ada.. ikut sedap ajer. Tapi itulah, mai ke anak sy... depa berebut sikit ajer, mak dia nie dah berangin. LOL..

Tapi memang respek lah mak-mak dulu besarkan anak-anak. Dengan anak-anak yang berceretet, dengan lasaknya, dengan 1001 perangainya, bukan calang-calang. Kalau teman ader anak 6, maunyer teman duduk hospital bahagia sanerr... tekanan perasaan. LOL...

Bila memikirkan pasal aiskrim Malaysia nie, sy pun ringankanlah tangan membuatnya untuk anak-anak sy. Asyik lalu depan 99 ajer nak aiskrim.. mana larat :p



Tapi sy buat versi yang dipermudahkan & dipersingkatkan lah.. macam tak biasa :p



Tapi sy terfikir, agak-agaknya dek kerana terbiasa nak mempermudahkan & nak mempersingkatkan tue membuatkan anak-anak sekarang kurang lasak. Ok, contoh yer.. kami dulu tengah bermain, lari sana.. lari sini. Bila rasa dahaga, masuk rumah & ambil aiskrim nie sebatang, tak der bukak dengan gunting atau pisau. Samaada kami gigit kat hujung atau gigt pada simpulan tue & pulasss sampai putus.... tue sebab gigi kuat.

Contoh lain, kalau dulu tengok buah jambu yang jenis kecik & bila masak isi dia merah tue, kat pokok Maklang.. kami panjat ikut selamber rock ajer. Tak kira hang lelaki atau perempuan, kalau kata budak tue.. semua tahu panjat pokok. Kami rekah buah & terus makan atas pokok tue jugak. Apa barang nak suruh mak kopek kan, belah & buang kulit bagai. Mana ada thrill & mencabar daya ketahanan :p

Anak-anak sy, nak makan buah kena kopek kulit, belah & baru makan. Kalau ayam goreng terlebih garing sikit & keras sikit.. dahhhh tak pandai nak makan. Manja betul..

... Ishas & Idris, siaplah hampa.. Mak balik kerja nanti, mak beli sebijik tembikai, hampa kena rekah sampai boleh!
~ meahahahaha.. abislah nanti orang kata gila! LOL...

Tuesday, April 19, 2011

blouse two in one~ simple & casual, remaja & feminin

Assalamualaikum..

Setelah ditimbang semasak-masaknya, sy ambil keputusan untuk buat readymade yang seperti ini:



.... sebab sy sasarkan kepada remaja & belia. Sy nakkan ia simple & casual supaya boleh dipakai dengan jeans & slack untuk menepati gaya yang ringkas. Imagine satu hari, bila terjaga dari tidur & dapati jam loceng tak berfungsi.. kesiangan! Gosok gigi, mandi celam-celum, sarung jeans & blouse 2 in 1 nie.

Senang & cepat. Tak perlu nak iron, tak perlu nak termenung kejap nak fikir shawl atau tudung mana yang match... sambil berlari pon boleh belit shawl tue dikk!

Untuk tambahan hiasan, sy tolak tepi semua unsur bling-bling. Rasanya bling-bling & jeans agak tak serasi bersama... tak berapa casual. Jadi sy fikirkan hiasan lain & handmade sendiri yang berbentuk abstract, bunga & rama-rama, untuk menonjolkan jiwa remaja & feminin.



I'allah sy nak keluarkan dalam 2 saiz, S & M sahaja. Sy ragu-ragu sebenarnya kalau yang bersaiz L dan keatas yang memakai... takut tak sesuai. Maaf yerr... :)


Blouse 2 in 1

saiz S
bahu = 13
dada = 34
pinggang = 32
punggung = 38
ketiak = 18
p. tangan = 22

saiz M
bahu 15
dada 36
pinggang 34
punggung 40
ketiak 19
p. tangan 23

Monday, April 18, 2011

kurang produktif... tapi lebih kepada melepaskan lelah.

Assalamualaikum...

Dah lama tak cerita pasal anak-anak sy...

Idris.. dia macam biasalah, pagi bangun puluk 6.30 mandi. Kekadang tersandar atas toilet bowl dulu... sambung tidur, kiikikikik. Bila abah dia laung, idrisss cepat mandi. Mandi kejap & keluar, kekadang tue perasan rambut pon tak basah.. aduhai. Lepas mandi & sebelum pakai baju, berbungkus kejap dalam selimut, sejuk. Dia macam abah dia alah pada sejuk. Kalau sejuk sangat asyik bersin. Lepas pakai baju, solat & pekena dulu sebotoi...

.. ya, dia masih menyusu botol, hehehhehe.. dah darjah satu menyusu lagi. Sy pon tak paksa sangat dia tinggal menyusu & dia pon tahu malu, menyusu hanya kat rumah :p

Sebelum hantar ke sekolah, abah dia beli apa-apa kuih yg dia nak. Transit ke taska & petang dia beli sendiri apa yg dia nak kat kantin. Kekadang tue geram jugak kalau balik sekolah hanya mainan atau kekadang jajan yang pelik-pelik yang dia beli. Nie mengingatkan sy pada tabiat sy masa sekolah dulu.. duit belanja sekolah buat beli baju anak patung kertas :p :p

Ituhari ada latihan kebakaran di sekolah & dia sungguh bersemangat, sebab dari dulu dia nak jadi bomba. Dan itulah ayat yang sy pakai kalau nak suruh dia makan banyak atau lasak-lasak sikit.. nak jadi bomba kena makan banyak sikit, baru lah kuat. Kena berani, tanak merajuk-merajuk selalu :p

Ishak.. dia pon masih menyusu badan lagi, tapi menyusu botol dah kuat sekarang. Mungkin sebab air susu badan dah makin kurang. Dah tiga tahun lebih dah dia... ituhari abah dia kata, Ishak kena kawinlah kalau nak menyusu sampai ke tua! Ahahahahaa... dia cam biasalah, gelak & cakap sportinglah abah :)

Ishak dia jenis yang bangun pagi, abang dia bangun pagi dia dah terjaga & sendiri minta nak mandi. Masih lagi mengajar dia tak pakai lampin pakai buang.. kekadang tue terbabas, kekadang tue kejap-kejap nak kencing. Tapi kencing ada lah dalam tua tiga titis. Agaknya tak pandai nak tahan lagi bila rasa geli nak kencing tue :p

Hujung minggu lepas.. dia sibuk tolong abah dia bertukang & kebetulan sy tak pakaikan dia lampin pakai buang. Dua tiga kali cakap kat abah dia nak membuang.. tapi hasil tak berapa memberansangkan. Pakaikan lampin pakai buang baru buangan dia tue cantik & lawas. Ahahahaha.. dah jambannya tak ada, janggal agaknya :p

Dia selalu memuji sy & kalau sy nak marahkan dia.. dia akan tanya sy, mak senyum ak ak tak? Kalau sy cakap senyum, sy kena senyum pada dia & sy tak jadilah marahkan dia tue. Kekadang dia ajukkan kami juga untuk buat sesuatu dengan gunakan kod panggilan antara sy & kekasih sy.. betuah betul budak tue.

Kalau kedua-dua nie memasing tunjuk perangai... tanak mandi, tanak solat, tanak dengar cakap, tanak duduk diam-diam. Senang saja, sy suruh depa pindah pi duduk rumah 'kap lam ya nga' depan tuh. Mak bapak depa tak bising kalau anak-anak tanak mandi, tak pakai baju, tak kisah kalau nak bergaduh, tak kisah kalau buat bising... nnggggeeee.




~ malam sabtu, family gathering.. BBQ itik dll. Ishak baru lepas nangis... malu jatuh longkang :p





~ ahad pagi, letih dah mengadap mesin jahit... cabut rumput, susun pokok bunga, rehat-rehat & makan di wakaf. Pokok bunga sy pon banyak yg dah kembali ke syurga.. hhuhhuh.

Weekend lepas, kurang produktif... tapi lebih kepada melepaskan lelah.

design blouse two in one ~ yang mana ok?

Assalamualaikum...

Yang nie yang kiranya nak buat utk readymade...


merah..


dark chocolate..

... tapi ada yang suka yang bawah ini, hurrmmm.... yang mana ok?

Friday, April 15, 2011

Versi baru blouse two in one ~

Assalamualaikum..



... tangan runcing, hujung baju runcing macam baju kurung readymade & shawl lebih panjang, cukup untuk dua kali lilit...

design blouse two in one

Assalamualaikum...

yang nak tengok design dress two in one sila ke :

http://manjalaracollections.blogspot.com/




senang cerita, ia dress yang kami 'kembaq siam' dengan shawl....

mencari tukang jahit area klang

Assalamualaikum..

Sy sedang berkira-kira mencari tukang jahit area klang yg berminat jait baju readymade sy.
Yang berminat secara full time atau part time.. sila emailkan details pada sy.

.. tq

Thursday, April 14, 2011

Jubah & Kurung Versi Bling Bling~ utk pakai raya!

Assalamualaikum..



















Sila klik pada gambar untuk view image.

KURUNG - RM 107.00 termasuk poslaju (s'jung)
JUBAH - RM 107.00 termasuk poslaju (s'jung)
Sesuai sangat untuk pakai raya!