Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Thursday, March 31, 2011

"Breakfast like a king, lunch like a prince, dine like a pauper"

Assalamualaikum...

Ituhari katanya kita nak berazam lah kurangkan nasik, tambah-tambah malam hari... bukan ker

"Breakfast like a king, lunch like a prince, dine like a pauper"
~ jatuh rahang, peribahasa hari nie kita import jauh sikit...

sekali sekala seksa diri, paksa lemak-lemak yang lama tue terbakar, apa salahnya kann? Jadi, hari sebelum tue, punya lah tahaq perut..
~ tahaq nie perkataan yang kita import juga.. tapi nun utara Malaysia ja, tahaq = berlapar.

bila lapaq, kita langgah ayaq.. lapaq ja kita langgah ayaq
~ langgah pon import utara Malaysia jugak, langgah = minum air terus dari bekas air dengan aksi rakus sedikit :p

Masuk petang ajer kita dah mabuk ayaq & fening-fening sekali. Nak telan ubat pon tak boleh.. kita rasa melugai bila tengok ayaq!
~ melugai pon import utara Malaysia jugak, melugai = loya

Pastu tau kita buat apa? Balik rumah... preheat nasik & kari ikan hari sebelumnya tue, kita makan nasik. Setel! Dengan king kemana, prince ke mana & pauper ntah ke mana...

Semalam.. macam tue jugak tapi dek kerana malamnya tue nak bersambal mempelam bagai, kita aci tukaq lah.. lunch jadi pauper & dine kita ejas bagi king. Takpa kot nuhh.. sekali sekala.

On the way balik, kita dah rasa peluh dingin & lemah lutut pulak. Rasa macam tak dan dah tunggu malam nie.. nanti ada yang buat aksi mengkurep kat tengah-tengah jalan.

~ serius ahkak rasa kelakar & insyaallah ingat sampai bila-bila maksud perkataan nie. Masa first time dengar perkataan jawa nie dulu, dengar MIL sebut.. dok ingatkan kurap, rupanya mengkurep tue tertiarap!

Kehkehkehhh... dia dok speaking, ahkak dok tembak makna. Yang mana kena oklah.. hat yang nie tersasar jauh :p

Singgah kat satu tempat nasik lemak nie & beli ayam goreng. Rekah terus dalam kereta... tak dan sampai rumah dah, takut mengkurep tengah-tengah jalan! Nggeeee... makanya lagi sekali, dengan king kemana, prince ke mana & pauper ntah ke mana...



... dengan adanya sambal mempelam semalam, rasanya pauper kat dalam periuk nasik!

Wednesday, March 30, 2011

Bila perut yang update...

Assalamualaikum....

Bila perut yang update... ia berkisar menu malam ini.

perut : nasi putih, ikan goreng garing-garing..


~skuad akan menghadap ke belakang.. ke belakanggg pusing! zaman sekolah dulu... kalau ada yang menghadap ke lain, ahkak lah tue... fail sungguh kalau kawat!

& sambal mempelam...


~ ala.. tak sedap tara mana pon, tak sedap tara mana pon... sambil lap air liur atas keyboard

..... itu jer cukup.

Good job perut.. sungguh zuhud kamu ya.

perut : ermmm.. nasi tambah sekali lah!

Syabas... syabas perut gendut! kita patut meraikannya, sempena dengan penurunan berat badan sebanyak 1kg semalam
.

perut : ya... esok-esok kita berdiet lagi!

perut : tapi macam mana dengan pencuci mulut?

Apa kamu dah lupa pada mulberry pagi tadi? Kena zuhud.. ingat tue.



~ Ishak kata mulberry ini lipas.. aduhai dah berapa ekor lipas masuk dalam perut sy pagi tadi?

perut : ohh biasaaa... jangan kata melayu, perut melayu pun mudah lupa!

(pic : dua di atas sumber rompakan carian internet, yang satu dibawah itu sahaja yang sy usahakan)

Monday, March 28, 2011

Berat jodoh ~ sy simpan itu untuk talian hayat.

Assalamualaikum..

Sy sedikit kuciwa dengan pencapaian sy weekend lepas... hurmm. Double curly hasil kerjasama sy dengan Shasha tidak mencapai piawaian. Sekali fikir hendak ajer sy jual si Shasha tue :p

Shasha, sy masih boleh bersabar dan sy bagi awak satu lagi peluang.. kalau tidak jangan salahkan sy kalau nanti sy iklan awak kat Mudah :p



Fening kefaler sy hari nie... so kita cerita tentang benda lain lah. Cerita tentang diri sendiri, bosan. Cerita tentang menjahit lagi lah bosan... ingat menjahit tue tak bosan ker?

Hari sy banyak fikir pasal berat jodoh.. sy tergerak hati nak cuba rawatan untuk itu. Lambat jodoh bukan hanya sebab jodoh yang belum sampai.. kadangkala ia juga bersangkut paut dengan gangguan halus.

Tanda-tanda gangguan itu ada.. gangguan mengarah ke arah lambat jodoh atau tidak, itu sy tak pasti. Insyaallah.. sy rasa Allah gerakkan hati sy, sy percaya ada hikmahnya & moga-moga dipermudahkan segala urusan.

Perkara-perkara nie walau bukan melibatkan diri sendiri kedang bila difikir ia sering membuatkan fikiran sy sarat.

Sy pening kekadang.. apa yang boleh sy bantu untuk selesaikan masalah orang lambat jodoh nie, tambah-tambah melibatkan ahli keluarga sendiri. Kita nak suruh dia redha.. ini melibatkan hati dan perasaan, kalau suruh rekemen tak berani lah pulak :p

Kita usahakanlah apa jalan yang tergerak hati untuk cuba... kekadang, sy tengah bahagia pon rasa macam serba salah sangat pulak bila fikirkan dia.

~ ituhari sy tanya orang tue... macam mana hukum kalau kawen dengan kakak kepada isteri? Terima kasih untuk jawapan itu walaupun soalan itu agak luar alam. Hurrmm.. sy simpan itu untuk talian hayat. Mungkin...

Friday, March 25, 2011

Ujian sy kecil, itu sekarang. Nanti-nanti?

Assalamualaikum...

Quote :

Saiyyidina Anas R.A telah mengunjungi Saiyyidatina Aisyah R.A di dalam sebuah majlis, dan di dalam majlis itu telah bertanya seorang lelaki, “Wahai Ummul Mukminin, ceritakan kepada kami tentang gempa bumi”.


Beliau berkata : “Apabila perempuan menanggalkan pakaiannya di tempat selain daripada rumah suaminya, terkoyaklah apa yang ada antaranya dan antara Allah daripada hijab (pendinding daripada azab), apabila perempuan memakai bau-bauan bukan untuk suaminya, maka baginya neraka dan kehinaan, dan apabila dihalalkan zina, meminum arak dan memukul alat muzik, maka ia telah menjadikan Allah Ta'ala di langit-Nya berfirman kepada bumi, “ Gegarkan mereka”, sekiranya mereka tidak bertaubat dan meninggalkan maksiat, mereka akan dibinasakan dengannya oleh Allah Ta'ala".

Maka bertanya pula Anas R.A. : “Apakah itu hukuman terhadap mereka (penduduk yang ditimpa gempa bumi)?" Aisyah R.A. menjawab : "Ianya rahmat, keberkatan dan peringatan kepada orang mukmin. Ianya siksaan, kemurkaan dan azab ke atas orang kafir”.

~ kredit kepada : http://tenangsudey.blogspot.com/2011/03/cerita-aisyah-mengenai-gempa-bumi.html

Rupa-rupanya.. iktibarnya di Malaysia, hanya kenaikan harga ayam sampai sekilo lapan ringgit lebih. What happen dengan harg lantai & harga siling bagai?

Ohhhh kan gempa bumi & tsunami.. habih la runtuh siling & lantai tue.

Apa relevannya? Ayam kat Malaysia & tsunami kat Jepun?

FYI, siling & lantai tue, Made in Japan!


Nasib baiklah sy berniaga bukan dalam bidang makanan. Kalau tidak kejap-kejap hurut dada itu barang naik, ini barang naik. Pi supermarket, hurut dada lagi.. kejap-kejap minyak takdak, kejap-kejap gula tak dak nuhh?

Kalau kedai makan... ada orang ka, tak dak orang ka mesti nak kena beli barang masak & mesti nak stenby masak jugak nuhh? Takkan nak tunggu orang mai kedai baru terhegeh-hegeh nak pi beli, kan? Semua nak kena ada cukup lengkap lah, perishable & non-perishable. Baru betui cara orang nak meniaga...

... sy syukur sebenarnya, bidang yang sy ceburi nie tak banyak sangat risiko & tak menuntut banyak modal. Sy start dengan beli mesin jahit portable sebijik. Nak jahit tepi, pergi kedai jahit & harga jahit tepi masa tue RM 1.00 untuk sepasang baju.

Barang jahit beli sikit-sikit, ikut keperluan. Beli banyak-banyak pon tak menjadi masalah sebenarnya... zip, getah, benang tue bukannya rosak & bukannya reput macam sayur & ikan bagi yang meniaga kedai makan.

Sy syukur sebenarnya.. ujian sy kecil sahaja. Kekadang kekangan masa, tersilap jahit, dah siap jahit tetiba tergunting pulak kain kat mna-mana bahagian baju :p , ready made orang nak minta custom made, tak berkenan colour, tak berkenan patern.. itu saja.

Modal? insyaallah... kita boleh pusing kat mana-mana. Rezeki tue insyallah ada.

Stok kain terlebih & tak tau apa nak buat? Alhamdulillah sy tak pernah ada lagi masalah tue.. so far ada ajer idea nak buat. Baju tak jalan, kita buat tudung.. tak jalan tudung kita buat benda lain. Kain.. bukannya rosak & bukannya reput macam sayur & ikan.

Idea gila sy, sy nak buat langsir patern macam twisted neck & dapat printed lycra yang sesuai sy nak buat seat cover kereta!
~ ahkak nak cari printed leopard! kau mampoo? kikikikik


~ orang kata kosong sangat, kita bubuh manik nanti.


~ orang kata tangan baju meleret dalam kuah kari... tak ada masalah, kita cantas pekecik tangan sket.

Iktibar sy tentang bencana semua nie, sy rasa sy dah tua. Sy dah masuk ke tahap peralihan, macam mak-mak dulu. Sy dah tak boleh dengar anak-anak bahasakan diri aku dengan makbapa, sy dah tak boleh tengok anak-anak muda berkumpul & bertepuk tampak di supermarket, sy dah tak boleh dengar budak-budak muda kecik lagi dah hafal lagu-lagu yang tengah hot.

Sy tak boleh... sy benci.

Kini, baru sy tahu kenapa mak-mak dulu suka berleter pada anak-anak. Sy memang dah tua... dah tak boleh terima dengan semua tue.

Ujian sy kecil, itu sekarang. Nanti-nanti?
~ entry nie terbit bila ada 2 orang budak perempuan, on kan lagu pada hp & melalak mengikut lagu tanpa ada perasaan malu & sy benci itu..

...jangan kau mimpi nak terbit rasa nak menunjuk sakan. jangan kata hp tue makbapa belikan, PAD kau tue pon makbapa yang dok sara lagi!

Thursday, March 24, 2011

~ Jubah 2 tone~ for SALE

SALE: Harge RM 97 ~ termasuk poslaju
FREE SAIZ

crochet dress.. tup- tup rasa nak meraung

Assalamualaikum...

entry ke 3 untuk hari nie :p

Bila tengokkan dress crochet yang entry tadi, tergatal tangan pulak google dress crochet, tup- tup rasa nak meraung pulak bila tengok baju-baju nie.

~ pic hasil carian internet






~ jatuh rahang...


~ makan tahun nak siap..


~ sweetnya kaler...


~ speechless..

~ superb.. walaupun tak nampak apa patern crochet tue.


~ kau mampoo? katanya...


~ sila gigit jari...


~ jangan pandang macam tue.. sy cemburu!


~ see thru? nanti kita apply lah kepada yang lebih muslimah.. tapi kalau kita mampu buatlah :p

So bila kita nak buat? tunggu gugur gigi semua kot.. baru mampu ber crochet bagai. Itupon kait sikit, buka balik... kait lagi & buka balik. Bukan sebab silap teknik.. tapi lupa dah kait berapa tali ayaq!
~ mari meraung sama-sama...

~ gray in the house~

Assalamualaikum...

Sekarang tengah musim orang pakai warna kelabu pulak kan? Kenduri ramai yang pakai tema kaler nie. So, kita cuba usyar mana-mana baju kelabu yang ada... kot-kot boleh dapat idea.

~ pic hasil carian internet!


~ material & simpulan tue yang mahal tue..

~ selebet tue yang kasi upgrade balik baju nie..

~ ntahlah, minat sangat apa saja yang ada ruffle & serius twisted kat dada tue rasa macam nak cuba buat!

~ yang kat dada tue rasanya crochet, rasa nak balik selongkar cari jarum kait la pulak!

~ ruffle lagi, rasanya kalau buat gaun A line lagi sesuai kot.. balance out balik leher.


~ kalau usia sebenar tolak 15 tahun, sy pakai baju nie dengan jeans hitam, reben tue maintain, kain tutup sebelah kanan tue tak nak. tapi kaaalau boleh tolak 15 tahun lah.. ini cerita kalau :p

~ juga prefer gaun A line, very simple A line... aduhaiii cantiknya!

Sejak umur berapa anda latih anak anda untuk tidak memakai lampin pakai buang?

Assalamualaikum...

Sejak umur berapa anda latih anak anda untuk tidak memakai lampin pakai buang?

Si Idris rasanya dalam umur 3 1/2 tahun... permulaan kami ajar pada hujung minggu dengan pakai spender sahaja. Tapi dia selalu terlupa yang dia hanya pakai spender & terbabas macam tue saja.

Kemudian kami ajar dia dengan cara berlenggeng... dan ia berhasil. Lama kelamaan dia dah rasa seronok & lapangnya kalau tak pakai lampin pakai buang. Sejak itu, dia sendiri dah tak nak pakai.

Duit belanja beli lampin pakai buang untuk Idris kemudian diperturun dekat Ishak pulak.

Sejak minggu lepas, si Ishak nie merintih & kekadang menyebai kalau tiap kali kami pakaikan dia lampin pakai buang.

Syegu syakap ak ak dah besar dah.. tak payah pakai pepes dah, katanya.

Haahh ekk, kami terlupa! Mungkin si Ishak nie banyak pelat dia berbanding dengan abang dia, makanya kami terlupa bahawa dia sudah besar. Di sekolah cikgu-cikgu dia sudah pun mula melatih dia untuk tidak memakai lampin pakai buang. Mesti dia sudah merasa seronok & lapangnya kalau tak pakai lampin pakai buang....

.. kulit boleh bernafas dengan lebih selesa.

Hujung minggu lepas, adalah dua kali dia terbabas. Sy tengah menjahit, dia tengah krunaih...
~ krunaih nie bahasa utara.. maksudnya sy tak tahu macam mana nak huraikan, sungguh complicated :p

.. dia tengah krunaih alat-alat menjahit sy, agaknya dia tertahan air kencing & terbabas. Salah satunya terbabas atas penimbang berat sy & masuklah air kencingnya dalam penimbang tue. Bertuah sungguh...

Selainnya tue dia boleh kawal.. tapi kejap-kejap nak ke bilik air, kejap-kejap nak ke bilik air.

Semalam, sy perasan si Ishak nie menunjukkan lagi satu syndrome macam abang dia dulu. Dulu, Idris nie lepas balik sekolah dia tukar pakai baju yang lain, pakai bedak berselepung, pakai stoken & bubuh minyak rambut sampai licau habis rambut. Punya bersiap.. pada dia tue cukup segaklah tue.
~ berselepung - bertempek/tak rata, licau - banyak sampai basah.


~ stoken sebelah sana, tapak hitam sebelah atas pulak

Si Ishak pulak... baju pakai terbalik, pakai bedak, pakai stoken sekolah abang dia punya, rambut sapu gel & buat rambut pacak. Punya bersiap.. orang lain tak boleh kacau tambah-tambah lagi rambut pacak dia. Pada dia tue cukup segaklah tue.


~ solat & tetiba nak terkecing...

Wednesday, March 23, 2011

Jahit situ sana sini...

Assalamualaikum...

Last week birthday FIL & MIL, depa punya birthday dekat2... masing-masing dah 58 & 57 Dah tahun nie.
~ kalau arwah mak masih ada.. dah berapa usia dia?



Pic nie masa birthday FIL, buat makan2 sikit kat rumah sy. Sy perap ayam ajer yang tau... so BBQ chicken wing lah kami malam tue.



Ini Shasha sy..


~ kenalkan juga.. yang kiri tue Gina.

... dapat diskaun RM 50.00 sy beli cash, diskaun lagi RM 85.00 sebab masa hantar dia dah kemikkan Shasha sy...



geram jugak, apa pasal dia tak hantuk kemik abis body Shasha sy tue? Asal boleh jalan sudah laa... boleh dapat diskaun banyaak sikit!

Boleh lah sy menjahit tudung double curly lepas nie & juga testing dress sekali selendang tue lepas nie... harap-harap. Tapi apa buat aiihhh, rasa cam nak terpacol...
~ terpacol tue bahasa banjar.. kakak sy suka guna perkataan nie, terpacol tue terbit /terkeluar..

nak terpacol jantung sy bila tetiba tercabut benang. Sungguh susah cara nak letak benang... last-last si Gina tue jugak yang sy guna.
~ maaf Shasha, berikan abang sedikit masa :p

Rabu malam, family abang sy datang singgah nak hantar anak buah sy kat KLIA. Balik Mesir balik.. balik pon tiket di sponsor & wang saku RM 500.00 Makanya, semalam sy ambil cutilah sehari... paginya sambil masak, sambil menjahit baju untuk sy kirim bawa balik untuk kakak sy.


~ cermai mekah.. abang sy bawa.

Anak buah sy pellik tgk sy masak, acikmasak cepat sangat katanya... lauk yang sempoi-sempoi boleh lah cepat, tapi kalau belajar buat cepat-cepat... cam mana acik nak buat kerja part time menjahit semua?

Petang baru bertolak kat KLIA.


~ teka, mana satu ahkak? :p

Tak pernah dibuat dek orang menjahit kat KLIA kan? Tapi ahkak buat dikkk....



... pedulik aper, sembat ajer leher buat tak tau. Jahit situ sana sini... sedang orang lain ke sana sini bersesak-sesak... ahkak pulun menyiapkan jahitan, dapat jugak RM 180.00

timbui...

Assalamualaikum...

... lama sy temggelam no, tanpa khabar, tanpa pesan~ poyo ajer :p

Aktiviti menjahit sangat tak menang tangan, lepas jahit hantaq terus.. tak dan nak snap2. Harap-harap nanti ada yang baik hati send balik pic..

~ sambung lagi nanti

Wednesday, March 16, 2011

& sy akui dia sungguh istimewa.

Assalamualaikum...

Itu dia kekuasaan Allah, di cuit sikit saja... berkocak Jepun. Tsunami, yang lain mungkin ambil ia sebagai bencana alam, itu saja... kita yang agama Islam nie, ambil sebagai peringatan. Kalaulah... nie cerita kalau, tiba-tiba jadi kat Malaysia pulak. Mana nak lari?Tak mustahil semua tue.. sekarang nie apa satu benda, dah tak jadi mustahil. Anak pon boleh gamak lupa kat emak sendiri... tak mustahil yer tak?

Cerita tentang itu, semalam sy MC & duduk kat rumah sorang-sorang. Tersayu pulak kat hati bila teringat pada arwah mak sy. Teringat balik kisah-kisah masa kecik dulu.. apa yang sy buat, yang bila sy teringat balik & sy rasa sungguh menyesal.

Ini mungkin sebab ituhari Idris bercakap dengan suara yang kuat dengan abah dia & ia buat sy rasa terkilam. Dalam kereta, on the way hantar dia ke taska.. sy marah dia & dalam hati sy, sy cuma nakkan satu perkara. Sy tanak anak-anak sy menjadi seperti sy. Tak hargai dengan apa yang ada, bila dah tak ada.. baru rasa menyesal.

Sy malu untuk cerita apa yang sy buat & yang sy sesalkan semenjak arwah dah tak ada. Tapi yang pasti sy bersyukur, semasa arwah pergi.. Allah dah berikan sy nikmat merasai perasaan menjadi seorang ibu. Merasai pengalaman melahirkan, merasai betapa tinggi harapan ibu terhadap anak & merasai bagaimana dalam kasih sayang ibu terhadap anak. Itu membuatkan sy lebih menghargai dia & sy akui dia sungguh istimewa.

Di belakang bahu arwah ada bulat kecil isi lebih.. dulu masa sy kecil, ada masanya sy suka gentel isi lebih tue. Dia memang suka ketang ke dada..
~ ketang ke dada tue berkemban maksudnya..

dengan kain batik. Lepas balik dari bendang, kelam kabut siang keladi yang dibawa balik dari bendang, sambil sekali sekala melaung nama sy. Tanya sy tengah buat apa & bila sy tak menyahut, dia akan serkap jarang kata sy belum bangkit tiduq... anak dara apa nehhh tengah hari tak celik lagi, kata dia.

Dia minta sy siang bawang & rendam cili untuk buat asam pedas. Masa blend cili.. dia selalu ingatkan sy jangan tekan blender tue lama-lama, nanti meletup kata dia. Memang lucu, dia tak berapa berani nak handle barang-barang elektirik.. tapi dia ada ajer cara macam mana nak suruh guna barang-barang tue. Praktikal dia fail, tapi teori dia panjang berjela... dan teori dia tue kekadang sy langgar ajer :p geram.

Itu baru cerita tentang asam pedas.. asam pedas dia mungkin orang lain penggil asam rebus lah, tapi pada dia, asam pedas. Asam pedas cara dia nie lah sekarang nie sy apply untuk menambat hati kekasih sy pulak. Wak mael tue bukan main bersemangat mengirup kuah asam pedas tue panas-panas. Selepas hirupan ntah kali yang ke berapa dia akan berhenti dan memberikan komen... sedap as usual, katanya.
~ mak, terima kasih atas asam pedas itu.. sy kini mahir :)

Ituhari, masa Ishak jatuh... sy terus tarik dia & tuam di dahi. Sy tuam anak-anak sy sama macam arwah mak tuam kami dulu. Ambil tuala & letak di mulut, hembus kuat-kuat. Bila tuala tue suam-suam dek kerana hangat nafas di tuam pulak pada tempat bengkak. Sambil tuam dia akan cakap.. sikit ja nie, jauh dari perut.

Kalau luka, cara dia.. koyak kain buruk celup dalam minyak tanah dalam pelita & balut. Tapi itu dululah.. masa kami kecik-kecik lagi. Minyak tanah tue paling senang nak cari, pelita tue pon selalu stenby untuk habuan pelekat api untuk dapur kayu. Kalau berparut.. dia akan kata, takpa nie tanda.. kalau hilang senang nak cari!

Kalau cerita latah dia.. ermmm lagi best, macam-macam yang dia sebut. Kenduri rumah sapa ntah dia pernah bersanding masa latah... sesekali geram jugak dengan orang yang tukang cucuk, sampai letih dia merapu macam-macam. Sy kekadang latah jugak.. tapi takat ooppp mak kau ajer. Idris pon melatah juga, oohh mak mak makk, latah dibuat-buat.. latah mengada-ngada :p

Bercerita tentang mengada-ngada.. semalam sorang budak nie mengada-ngada nak beli bakul nie. Depa nie semua benda nak dibuat main...



.. sy beli lah jugak benda nie semalam, untuk elak dia melalak dalam Giant. Betuah sungguh, mengalirlah RM 30.00 untuk bakul nie...



Ini pulak pic baju adik ipar sy.. baju nie macam kurung butterfly tapi bawah baju dia tanak kembang meloyot tue.. patern macam baju percubaan sy buat kurung butterfly dulu, so ini kurung buterfly salah bikin! Ada lagi sehelai warna merah hati.. itu pulak kurung aladdin salah bikin :p

Monday, March 14, 2011

.. pesak, girdle & Spanx!

Assalamualaikum...

Sabtu lepas sy pergi Ipoh, ada kenduri kawan sekolah.. tapi singgah rumah kawan dulu, dia nak pakai terus baju kurung aladdin yang ditempah kat sy & baru ke tempat kenduri. Kemudian sy ke rumah adik ipar di Batu Gajah, by hand bagi baju jugak. Kebetulan dah teringat jugak kat Zikry, cumanya sy tak dapat sangat nak main-main dengan dia.. sy tah start tak sedap badan masa tue, nak kena flu.

Rupanya kat Gopeng dah buka stesen NGV, so nanti-nanti kalau balik kampung.. dah tak payah langsung pakai petrol, jimat-jimat :)

On the way balik, mujur ada ubat flu dalam kereta. Terus laloq sampai ke sudah, kebetulan hari sebelumnya tue sy cuma sempat tidur 1 jam ajer, pulun jahit baju. Kekadang sy rasa sy lebih bertekun kalau buat kerja last minute hehhehe cumanya mata rabak lah :p

Ahad, sy dah seram sejuk & kelat-kelat satu badan. Mesin jahit tepi yang dah dihantar pon sy tak sentuh secara serius lagi, setakat touch & go sahaja baru... ermm ia masih perawan! Meahahha....
~ tunggu abang kuat sikit, nanti abang akan sentuhi Shasha ya kehkehkehh.

Sy gagahkan diri untuk bergerak sebanyak mungkin, sy jenis kalau tak sihat, tak boleh rehat-rehat. Kena bagi berpeluh baru hilang sakit badan... dapat sental bilik air, berbaloi lah jugak... kenduq sikit urat-urat.

Sy rasa semua ibu-ibu yang superwoman, housewife misalnya ada skill macam nie. Kalau tak sihat, boleh lagi ke sana sini menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Bila anak-anak dan suami keluar rumah ke tempat kerja & sekolah, baruuu sambung demam balik. Kann?

Petangnya, jiran sy bagi baju kurung pesag gantung untuk diubahsuai. Jahitannya amat mendukacitakan...



tengoklah pesaknya tue, hurut dada bila sy tengok. Ntahlah sy nie nak kata ambik tempahan taklah banyak sangat... sebab masa sy banyak habis ke print nota, mengajar & jahit baju sendiri & sedara sikit-sikit. Jadi pengalaman menjahit tue tak banyaklah, so nak komen banyak pasal orang lain punya kualiti jahitan, sungguh sy tak berani.

Cumanya sy suka kalau ada yang bagi baju contoh. Kat situ kita boleh tengok cara orang lain punya jahitan & belajar dari situ. Kalau orang tue jahit kemasss.. baju yang kita nak jahit nie pastikan lagi kemas dari baju contoh tue. Spend masa sikit, belek-belek sikit dulu baju contoh tue... tengok orang lain punya teknik macam mana.

Tukang jahit selalunya tahulah, apa kerenah kain.. kain jenis sekian-sekian lincin, kain jenis sekian-sekian pecah ira kainnya dan sebagainya. Based on pengalaman & tak perlu jadi professional untuk menghafal segala nama kain bagai.. cukup dengan ambil hujung kain & tarik, kalau pecah tue merana nak jahit. Kain jenis nie.. nanti nak jahit tepi pon tak lekat!

Then, kena pikir cara lain macam mana nak handle kain nie. Untuk leher, tak boleh jahit sembat & kena ambil kain lepik leher berkain gam lembut misalnya untuk memudahkan kerja. Semua teknik tak boleh semua pakai harung untuk semua jenis kain.

Anda yang membeli kain pon boleh apply cara yang sama. Nak beli kena tengok material, test dulu tarik pada hujung kain, rasa kain tue samaada lincin atau tidak. Tak perlu aim pada kain yang cantik & murah sedangkan.. pakai baju tak jejas lagi dah pecah sana sini. dan selalunya tukang jahit akan ambil upah lebih untuk kain yang lincin & banyak kerenah. Tak ker rugi?

Ok, ituhari ada yang bertanya kat sy pasal sy bagitahu kena pakai girdle bila pakai baju kurung atau jubah lycra untuk mantapkan badan. Girdle yang macam mana?

Dulu sy pakai Avon ( tak tahu apa namanya, dah lama sangat sy beli) harga bawah RM100 rasanya, material girdle nie.. kalau pakai baju jersey/lycra ia tak melekap. Tapi cumanya ia ada sambungan & berpanel-panel. Yang berpanel-panel nie yang buat masalah, bila dah lama pakai, jahitan tue dah tetas... sy jahit balik pakai jahitan zig zag, sungguh buruk permandangan!

Kemudian sy ingat nak beli yang ini, sy plan nak ke Avon & tengok sendiri material samaada ia jenis yang sama yang sy beli dulu. Tapi nengokkan harga girlde sahaja, agak mahal lah :p



Kemudian sy terjumpa Spanx nie & terus oder melalui online. Memang sedap pakai, material knit & ia cover bawah dada sampai ke paha. Harga RM 166.. cumanya untuk underwear, sy suka yang ketat-ketat. Lain kali kalau untuk slimming wear, kena beli 1 saiz kecik daripada ukuran badan :p So, ini lah girdle yang sy pakai buat masa sekarang untuk lenyapkan spare tyre sy buat masa nie. Nggeeee...

Thursday, March 10, 2011

teruja & tergoda...

Assalamualaikum...

.. hari nie 10 March 2011, hari terakhir untuk diskaun pembayaran saman. Percayalah, kalau.. nie cerita kalau yer, kalau lanjut sampai hujung bulan nie pon still ada senario yang sama. Aci potong jarilah, 31hb masih berkepoi kat kaunter...

... berkepoi macam ulat ta*i, itu penjodoh bilangan yang paling kejam sy rasa!

Tapi perlu adanya satu tarikh 10 March 2011 dan potongan diskaun tue untuk kejan umat-umat mana yang liat membayar saman lalu dengan perasaan sedikit teruja untuk keluar membayar saman. Tapi, sy rasa perkataan diskaun tue agak kelakar diguna, macam satu galakkan.

Sy dah check, sy tak ada saman... kukukikik sy memang dah agak dah. 8 tahun buta-buta dok renew lesen & baru-baru nie ajer pegang stereng balik. Sy masih baru & sy tak berapa eksyen lagi bila di jalan.. untuk masa sekaranglah, tak tahulah nanti-nanti.

Beria-ia lekat sticker P untuk beralasan sy boleh bawa kereta mengeret & perlahan. Ishak buka radio pon sy dah rasa mengganggu, apatah lagi untuk bermultitasking. Traffic light jauh 100m lagi sy dah kelam kabut menggagau cari brake, tak ada kereta kat belakang pon sy gagah bagi jugak signal lagi... buang karan ajerrrr!

Tapi itulah... sy tak tergoda dengan diskaun 50% tue, sy lagi teruja kalau tiada saman :p

Bercakap tentang tergoda & teruja... ituhari sy tergoda untuk membeli mesin jahit tepi industri, kebolehan menjahit tepi dengan effect double curly itu yang sy nak. Sebab sy terfikirkan design-design baju yang lain yang boleh sy apply dengan jahit tepi double curly tuh. Macam biasa, sy akan test buat satu untuk diri sy sendiri untuk lebih tergoda & teruja :p

Tapi sy ingat.. sy nak ubah beralih ke brand mesin jahit yang lain. Sy namakan ia sebagai mencari kelainan.. tapi sayang, sy hilang minat. Sy dah merisik untuk membeli mesin jahit brand yang sama, kedai yang sama.. uncle yang jual mesin jahit tue sungguh pandai menggoda! Dan sy turut teruja...

Sy tinggalkan entry nie tanpa apa-apa pic tapi dengan pesanan sy akan loadkan sample baju tue bila dah siap nanti, ia baju bersekali dengan shawl! Ia sungguh menggoda & sy sungguh teruja...

.. kalau lah, nie cerita kalau yer.... kalau tetiba tak menjadi, sy kena buat macam yang lepas-lepas, kena buat teknik gear reverse. Sediakan RM sikit... beli baju tue sehelai & balik buat bedah siasat. Wat to do....

~ apasal ahkak punya bahasa len macam ajer nie?

Monday, March 7, 2011

Kebetulan.. mari sy tunjukkan.

Assalamualaikum..

.. demi memenuhi permintaan yang nak tengok bagaimana kurung lycra dipakai, kebetulan ituhari pakai pergi makan kenduri. Kebetulan.. mari sy tunjukkan.





~kurung butterfly, inner neck cover & shawl ditaja khas dari Manjalara Collections

Kalau badan berisi, tak ada masalah sebenarnya, lycra kain yg jatuh & flow yang cantik. Let say ada spare tyre, pakai girdle untuk bagi kejap sikit badan.

Kakak sy yang XL pon gamak pakai & terletak....
~ tapi lepas menggelupur pakai girdle lah!

LOL....

Aduhduhduhhhh... cuainya!

Assalamualaikum...

Dah lama dah rasanya sy tak load baju-baju yang sy jahit... minat & keinginan sy masih ada dalam bidang jahitan. Tak luntur...

.. tapi bila awal malam, sy cuba tawar menawar, tunggu anak-anak tidur jap lagi lah. Tapi bila depa dah tidur nyenyak, sy cuba tawar menawar sekali lagi. Kalau tidur kejap sambil peluk orang di kanan kejap, kemudian paling & peluk orang di kiri kejap pon best jugak.

Ngggeee... bila terjaga kul 3 pagi, rasanya cukup kuat untuk sy mula menjahit. Tapi rupanya tak cukup kuat untuk bangun. Esok-esoklah sy tawar menawar sekali lagi nngggee.

Untuk tutup rasa bersalah, nie pic minggu lepas. Blouse MIL... untuk dipakai jalan-jalan masa cuti sekolah nanti.



~ hati-hati beli kain memeri, kalau sales girl potong sambil berdiri.. suruh dia ukur balik, takut tak cukup.



dek kerana tak cukup kain... itu ajalah yang mampu.

Dan yang nie pulak, jubah two tone. Ada 3 helai tapi yang nie ntah macam mana boleh cuai, masa potong benang, tergunting pulak kat leher. Aduhduhduhhhh... cuainya!







~ ini pic si Zikry masa CNY ituhari... dialah orang comel yang sy lama tak jumpa.

Ishak pon dah tahu apa perasaan rindu bila tengok pic nie, dia nak dudukkan Zikry di paha dia..katanya. Kekadang ada jugak dia tepuk perut gendut sy & bilang ada baby, ooohhh tidak... awak sedar tak, awak yang baby tua pon belum bercerai susu lagi!

Sunday, March 6, 2011

I wish a rainy day....

Assalamualaikum....

Sesambil sy tengok cerita korea mary stand all the night, lakonan Jang Geum Seok.. sy buat blog walking. Kebetulan dah dua malam nie si Ishak demam malam... nak stay up menjahit & tinggal dia, sy rasa tak patut..

.. dan sy jumpa satu blog & blogger tue baru meninggal dunia. Salam takziah & semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman. Dah jadi satu kebiasaan sy sejak kenal ngan dunia blog... sy suka trace balik apa yang blogger/ forumner dok cerita masa arwah masih hidup. Ntah dah jadi satu habit...

... mungkin juga sebab kita manusia hanya akan menghargai setelah kita kehilangan.

Tapi, jika kita tak berpeluang merasai kehadirannya... melalui penulisan-penulisannya, kita merasa kehadirannya lalu kita bersyukur paling tidak, kita berpeluang mengenalinya.

Lalu kita kutip apa yang tinggal untuk kita teruskan pada hari esok, dengan perasaan kehilangan di hati.

Sy sungguh tersanjung apa yang ditulis oleh beliau & ia sungguh terkesan dalam hati sy. Sy sungguh-sungguh merasa kehilangan itu....

I love walking in the rain....because then no one knows i'm crying
~ I wish a rainy day....

Thursday, March 3, 2011

Baby & I ~ Atasinchi?! ahkak nangis!

Assalamualaikum..

Semalam, celik mata ajer sy mendapat satu akal, sy tanak gi kerjalah :p

... wahwahwah, dah tetua nie pon ada hati nak buat perangai macam bebudak lagi. Ishak, kalau dia tetiba tanak pergi taska, cam tue lah perangai dia.. ak ak tanak kolah, kata dia. Apa kau fikir taska itu percuma? :p

Taklah, semalam sy ada hal sikit kat sekolah Idris. Malas nak ambil half day.. sy ingat cuti ajerlah sehari terus. Selepas berkejaran ke sana sini, balik rumah & terus bersauna dalam bilik jahitan sy. Sambil menjahit sesekali tengok cerita Baby & I nie..



Lakonan Jang Geum Seok, hero dalam You're Beautiful tuh.


~ kalau compare-compare ngan wak Mael... sape lagi hensem? Beauty is in the eye of the beholder kan, kalau pinang satu Jang Geum Seok dapat lagi satu Jang Geum Seok pon ahkak tanak. :p :p Laling.. temah puji ada maksud nie!

nak-suruh-wak-Mael-simpan-rambut-cam-nie-gaklah!
~ burrrr menyembur air kopi Radix bila wak Mael bila baca statement nie. LOL..

Cerita nie kelakar & di akhir-akhir masa Jang Geum Seok nangis panggil baby Han Woo-Ram tue... sedih sesangat. Serius ahkak nangisss.. serasanya cam separuh daripada ahkak yang nak dibawa pergi, kuikuikui bebetul menghayati. Biasalah... makcik kan ratu airmata :p



Baby Han Woo-Ram nie pon, serius comel sesangat... dalam cerita nie, dia baikk sangat. Daddy dia nangis.. dia pon nangis sama & fahammm ajer.



See.. comelnya dia dengan puting kosong tue. Ahkak pon teringin lah nak di kendung cam tuh! Meahahaha... mau reban bahu wak Mael.

Bila tengok baby Han Woo-Ram nie teringat pada sorang tue. Pon comel juga.. lama tak jumpa. Ituhari masa balik kampung, ada snap pic dia... nanti sy tengok, kot-kot ada pic dia.



... ehh silap, bukan yang nie. Memang sy ada simpan pic sorang tue yang comel dalam hp sy. Rasanya dah tranfer ke lain masa Norkiah sy buat hal ituhari. Nanti sy upload pic dia.

Si Ashraf Muslim nie, sy cuma tersanjung dengan transformasi dia yang sekarang menjadi perawat perubatan Islam. Hebat.. hidayah Allah tue bukan semua orang boleh dapat.



Bila ahkak pandang dia dengan berjubah bagai.. sedang merawat, ahkak tersanjung tak berkelip mata. Ahkak feeling2 beliakkan mata bulat besar ahkak macam kartun anime, tersanjung lah sangat.



Padahal ahkak sebenarnya lebih layak di animasikan sebegini... mata sepatutnya kecik , mulut tue yang sepatutnya besar! Atasinchi?!
~ ahkak nangis!

... phewww, ter update gak untuk hari nie :p