Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Monday, August 30, 2010

sy ibu yg normal lah sikit :p

Assalamualaikum..

Cam mana persiapan raya? Dah siap semua? Sy ada lagi 3-4 benda kena buat. Tapi ada yang sy boleh KIV sampai lepas raya, raya tahun nie giliran Perak. Lepas balik Klang lepas raya, i'allah sempat lagi siapkan rasanya...

.. tahun nie sy berhajat buat biskut. Saja nak test skill :p

So far dah 3 biskut sy buat. Ituhari biskut aiskrim.. tapi dek kerana acuan beli terkecik, susah nak terap2. Sy buat bentuk yg lain.



nie versi sy.. petak & loceng.. idris lah yg pilih nie.



ingatnya nanti nak bubuh coklat semua & tabuq coklat rice.. kalau rajin, kalau tidak jimat & sennag kiralah nampaknya :p



nie versi kakak sy.. sepatutnya coklat aiskrim kena buat lagu nie



nie biskut buat smlm.. biskut oat.



bulat2 kan doh, bagi berenang dlm teloq putih kemudian terjun dlm oat.

Oleh kerana biskut out tue dapat siap cepat. Sy pon adun lagi satu biskut, famous amos hawaiian cookies. Pic tak ada, sy malas nak snap.. pic2 dia atas tue pon idris yg tolong snap.

Biskut hat nie, sy buat samoai kul 4.30 pagi tadi.. huhuuu & ada sekali tue masa nak keluarkan biskut dari oven, tangan pi cettttt kat loyang panas. Yaaaauauu... tapi semangat tak luntur yer :p kepuasan, itu yg utama.. cuba benda2 yg tak penah buat. Sekurang2nya.. kalau bercerita, ada benda yg boleh dicerita & yg penting, rasa sy ibu yg normal lah sikit :p
~
dengan membuat kerja2 yg normal ibu2 lain buat... alkisahnya.

Lagi satu, sy sempat siapkan sepasang baju kurung modern lagi sehelai.. heehehe ingatnya nak pakai pi reunion sekolah. Punya lah semangat.. kot2 jadi lah reunion. Sy nak bubuh manik sikit2.. nanti dah siap sy tunjuk pic ekk..

~tgh2 buat biskut.. terkenang kuih samprit air tangan arwah mak

Wednesday, August 25, 2010

Orang yang benar..

Assalamualaikum...


Note: Orang yang benar.. yg sentiasa mencari kebenaran.

Contoh : Abdullah bin Salam.
-ingin mencari kebenaran & berjumpa sendiri dengan Rasulullah. Jawab 3 soalan untuk uji samaada Rasulullah betul seorang nabi... kerana 3 soalan ini hanya nabi yg dapat jawab.

Soalan 1 : Apakah makan pertama para penghuni syurga tatkala mereka masuk syurga?
Makanan pertama ahli syurga ialah hati ikan paus

Soalan 2 : Bagaimana seorang anak boleh menyerupai ayahnya dan bagaimana pula dia boleh menyerupai ibunya?
Yang menjadikan anak menyerupai ayahnya ialah ketika suami isteri bersetubuh, air mani suami melebihi air mani si isterinya.. maka anak itu akan menyerupai ayahnya. Dan jika air mani si isteri melebihi air mani suaminya. maka anak itu akan menyerupai ibunya.

Soalan 3 : Apakah tanda2 kiamat yang pertama sekali muncul sebelum kiamat?
Tanda kiamat yang pertama sekali, akan munculnya api yang akan mengumpulkan manusia dari timur dan barat, api itu terbit dari negeri Yaman. Api ini akan menghambat manusia pada waktu siang & pada waktu malam ia akan berehat, bergitu juga manusia akan berehat. Api ini akan menghambat manusia ke Padang Masyar....

.... mendengar jawapan itu, terus Abdullah bin Salam mengucap, masuk agama Islam.

Sumber : Makanan pertama ahli syurga : Ustaz Kazim : http://www.youtube.com/watch?v=UKL13bAgTvo&NR=1 :

Tuesday, August 24, 2010

2nd Giveaway : DIY & saya...

Assalamualaikum

Ahlan wa sahlan yaa syahra Ramadhan.. selamat menjalani ibadah puasa & pohon maaf salah silap yg ada. Dan sempana bulan Ramadhan yang mulia nie, ada sehelai baju sy nak bagi.. tapi kena join giveaway dulu ya :)



Biasalah, kalau hari raya mesti banyak pinggan mangkuk nak basuh. Teringat lagi masa budak2 dulu... eeeiii malas sungguh bila ada tetamu yang datang. Kena potong tue, topap nie.. tambah2 pulak kalau belah kg sy, time raya.. kami raya sungguh. Buat ketupat daun palas, rendang pedas kerang, laksa.. imagine berapa banyak pingan mangkuk nak kena basuh tue?

Masuk petang hari.. baju raya pon lencun, punya basuh pinggan. Jadi, persalinan nie... sesuai untuk anda selalu jadi mangsa tangkap kontrek basuh pinggan di hari raya :p

Bersiap sedia selinsing lengan dengan span di tangan. Bila kena berlari-larian dari dapuq ke depan.. delivery pinggan, mangkuk & sudu segala. Kita tukaq pakai seluaq, senang.... langkah luaih sikit katanya :p

Jadi, baju nie boleh pakai ngan skirt labuh atau pon seluar panjang. Tujuan lain, sy nak rombak & buat eksperimen sikit pada dada baju nie.. ada nak ejas2 sikit. Mungkin masa cam dah singkat utk anda pakai di pagi raya, tapi i'allah sy cuba siapkan cecepat.

Giveaway kali ke 2 nie.. kita nak cerita pasal : DIY & saya

1. Buat entry yg menceritakan apa DIY yang anda lakukan (seeloknya.. snap gambar utk lebih menarik). Tak terhad pada jahitan, boleh cerita apa jua DIY yg anda lakukan.

2. Masukkan link URL giveaway ini.

3.
Add blog sy dalam bloglist anda

4. Tinggalkan comment pada entry ini

Tarikh Tutup 31 AUG 2010
~ harap2 sempat lah sy menjahit baju nie sebelum raya.. aminnn!

Contohnya seperti ini : DIY Slab

Dalam pic di bawah sebenarnya DIY Slab nya dah siap. Cuma tinggal nak kemaskan & tabur batu.. kerja2 simen ituhari utk tinggikan level longkang. Slabnya orang rumah sy buat sikit2.. ahad buat sekeping slab & tengok pada kelapangan & nanti buat lagi sekeping. Anggaran setahun gaklah nak siapkan semua tue :p

Sy cuba ceritakan step by step, cam mana nak buat slab.

1. Buat acuan. Lebar slab 1.5' x 2'.. tapi utk satu sisi lebihkan sedikit kayu. Part yang lebih tue, utk habuan nak ketuk bagi mudah di bukak petak kayu tue nanti. Kalau slab tue umpama huruf d.. so ekor d tue lah utk di ketuk nanti.

2. Boleh paku atau skru petak slab.. skru nanti bleh recycle, kalau paku nanti dah terbuang paku tue... tue jer beza.
Lapik plywood bawah slab atau apa2 permukaan yang rata.

3. Campur pasir + simen + kapur & gaulkan. Bentuk cam telaga & tuang air. Biar seketika hingga mesra...
~ eh ehhh cam memasak plak ya!


~ buat telaga & masukkan air...


... gaulkan rata & tuang masuk dlm slab. Ratakan & penuhkan separuh sahaja dulu.


~ gaul rata..

4. Ratakan & masukkan potongan2 dawai dlm simen. Nie kalau slab besar & tak bagi mudah patah. Kalau slab kecik2 1' x 1', misalnya.. tak payah dawai pon takpa.

5. Masukkan lagi lebihan simen & ratakan.
Make sure dawai berada dalam/ditengah lapisan simen. Tutup slab dengan plastik etc & biar sampai keras.. anggaran 2 hari.

6. Bila dah keras, ketuk bahagian kayu yang lebih utk buka slab. Kalau pakai skru, bukak skru dulu. Bukak 1 bahagian saja.. yang lain2 nanti, bila angkat dah terbukak sendiri.

7. Levelkan tanah kat mana slab nak letak.. gunalah timbang air ker atau tenang...
~ tenang yer... e teleng, bukan tenang aman damai tue :p aim dari jauh tengok level ker tak.

8. Gap antara slab tue, boleh kalau tanak simen.. tapi nanti rumput tumbuh mengganggu plak, tambahan rumput rumah sy bukan rumput kapet...
~ ahkak nangiss! doa2 rezeki lebih ada bonus raya, leh pi beli rumput... macam orang datang raya nak jamu rumput kekdahnyerrr... kehkehkehhh.


~ slab yg dah siap susun & simen antara gap



~ tenaga buruh burma sedang buat kerja2 pembersihan :p

9. Tabur batu...


~ tabur batu..

Hasilnya dapatlah lagu nie..


~En. Ishak sedang merasmikan.. jaga2 En. Ishak, jangan jatuh longkang..

Ramai juga tenga buruh yang menjayakan slab nie. Ada yg dari burma & dari Indon pon ada sesat sorang. Dan saat akhir, lepas wonder pets tonyoh buang taik mata.. dia pon ada tolong.


~ wonder pets datang membantu..


~ ada tolong jugakk.. tolong kacau :p


~ upah pekerja dari Indon sorang, cepat sikit buat keja. Pekerja Indon yang dimaksudkan, yang pakai seluar tido tue.. kehkehkeh buruk giler seluar! :p

peasant blouse di dalam rumahhh..

Assalamualaikum..

Nak tunjuk peasant blouse yg sy buat beberapa hari lepas. Kesemua baju2 di bawah nie, semuanya peasant blouse.. so, peasant blouse di dalam rumahhh..

.. rasa-rasa boleh kot next projek sy buat nota nie. Syok buat baju nie nak siapkannya cepat.. sy potong baju di office & menjahit di rumah.



~ peasant blouse nie ada 2 helai... utk kakak2 sy. Kain jersey nie, pakai rasa sejuk.. boleh la depa pakai habuan pi ambik anak kat sekolah ker kan. Tangan lom siap & hujung tangan cerut getah.



~ peasant blouse nie utk mak buyung, adik ipar sy. Sy buat tangan biasa & potong pada empire line & kedut2 sikit habuan simpan perut :p



~ nie kain yg sama sy buat peasant blouse sy ituhari. Blouse nie sy buat 2 helai utk kakak2 sy. Jadi jumlah ada 3 helai peasant blouse guna kain yg sama.



~ tamak nak bagi cukup dapat lagi 2 helai, tangan tak cukup kain.. ahhh sudahhh! Tapi yang syoknya buat baju modern nie.. gamak tak cukup kain, tangan sambung kain lain. Nak bagi matching, hujung baju pon sy sambung kain lain jugak.

Dannn.. disebabkan stok getah utk leher baju nie dah habis. Kat leher semua baju nie sy bubuh tali saja, tapi make surelah lehernya cukup luas utk masuk kepala. Tak der rotan, akar pon jadilah jah..

Monday, August 23, 2010

tips pakai tudung syria bagi jangan melekap sangat kat dahi...

Assalamualaikum...

Puasa tak hari nie? Puasaa.. baguuss. Jangan jadi cam Ishak, tengah sy suap makan pon puasa katanya :p

Berapa hari dah sy tak update blog? Aduhduhduhh.. ntah celah bedah mana sy pi menyelam ekk, lama tak timbul2.. nnggeee.

Sy ada jer, alhamdulillah sihat walafiat. Cuma... seluar sy agak longgar sejak akhir2 nie.
~ motiff nak cerita ahkak dah kurus.. kehkehkeh.

Dah tak boleh makan banyak sekarang.. perut dah kecut agaknya. Kalau hari-hari biasa, lajak gak tambah sekali buat cukup syarat, la nie nasik separuh pon gagah nak habiskan. Tapi, berat still sama.. so kita tak payah timbang, kita tengok pada pangurangan inci.
~ ewahh time kurus ajer cerita pengurangan inci bagai... time badan naik, tak cerita & bukak cerita lain :p

Sy ada menjahit baju & tudung2.. tapi malas nak mamfusss snap2 pic sekarang. Dan ituhari sy kata nak cerita tips pakai tudung syria bagi jangan melekap sangat kat dahi... pon sy blom cerita lagi & pic pon tak snap.

Makanya, sy cerita sajalah.. nanti imagine kan cam mana & balik bedah siasat sendirik :p Yang ituhari, sy memandai pi bedah inner syria sy & bila pakai jadi lagu nie :



Cara-caranya:

1. Penyambung inner tue kasi bukak semua habis~ hati2 & jangan tarik, takut jahitan pemyambung bahagian inner yang warna berlapis-lapis tue tertetas kat hujung.

2. Jahit tepi keliling inner. Bila tetas jahitan ponyambung dalam step 1, inner lebih kurang jadi cam bentuk silinder. Jahit tepi keliling bulatan atas & bawah tue.
~ refer dalam pic atas, inner sy 3 lapis... pink belacan, biru & coklat gelap. Kelebihan buat macam nie.. sy boleh pilih nak pakai pink belacan, coklat gelap biru ~ dalam urutan warna yang terbalik.

Dan kalau nak pakai 1 warna shj, pink belacan.. sudah tentu boleh sangat2, kecuali kalau nak belacan, itu kena beli kat kedai.. huhhuhuhu

3. Letak inner atas kepala & pinkan 2 hujung depan inner. Cara sy, sy pin di bawah dagu. Boleh jugak kalau nak pin di belakang leher.

4. 2 hujung belakang inner tue simpul untuk kemaskan.

5. Pakai tudung syria.

Boleh imagine tak? Sy dok fikir2 lagi cara yang lain bagi elok lagi bila pakai, kasi mantap sikit...
~ ewahh mantap kauu, cam masalah negara jer. Tapi kalau pagi2 nak pi kerja, tetiba tudung pulak tak menjadi... uuiii geramnya, bukan setakat masalah negara.. nak amuk satu dunia pon boleh :p

Wednesday, August 18, 2010

Ummi.. sy nanar.

Assalamualaikum..

Bertahun sy nanar cari tajuk & sape penyanyi lagu dlm playlist sy tue

Ummi.. Ahmed Bukhatir

~menjadi kepantangan sy utk berterusan lihat pada lirik.. hari akan hujan.

Tuesday, August 17, 2010

s-e-g-a-k

Assaamualaikum...

Smlm, dalam pukul 11 camtue.. kekasih sy dok gergaji kayu. Nak buat apa tue? Nanti sy cerita ttg tue... tapi nak bertukang plak tak bleh. Dah malam sangat & nanti bising. So, tinggal yang tue & kami cat rumah pulak... sampai kul 12.30, dapat cat sikit & sambung bila2 pulak. Memang kena stop.. pasal anak2 sy, selagi semua orang tak masuk bilik & tidor selagi tue tanak tidur. Kecuali kalau depa nie baring2 & tertidur sendiri.

Bila dah lebih pukul 12 tue, apa lagi.. mata sy dah boleh tidur. Dok pikir apa nak buat.. online & masuk facebook. Dok selongkar orang punya gambar & komen. Sadis tul.. pepagi buta, tak der sape melayan... huhuhhu.

Siangnya, masa di office.. sy terjumpa cara nak pakai tudung syria tanpa melekap sangat ke dahi. Okehhh... sy mesti cuba yang nie. Selongkar balik inner syria & cuba try. Tapi bila dah tetas.. confirm sy tak selesa & longgar sana sini. Nanti ada kes, sampai office.. cabut helmet, tercabut sekali ngan tudung-tudung... hhehehe.

Pikir punya pikir punya pikir..

Yesss!!! dapat dah idea. Dan hari nie sy pakai tudung syria + inner tanpa melekap sangat ke dahi dan..
s-e-g-a-k sikitlah utk org muka petak cam sy nie.

~ segak? phewww.. ayat tak boleh blah!

Errmmm... nak tau cam mana cara?
Ntahla.. tengoklah nanti kot2 rajin sy kongsi.. kehkehkehh.

Jangan terasa hati, lalu kata sy...
piirahhh... kedekut nak mamfuss!

Tak baeek tau, kurang pahala puasa tue nanti :p Sy rasa.. sy tak mampu nak kongsi sekarang. Sebab, pada saat ini & di ketika ini sy rasa...

sy...


sungguh..

.. laloqqq! Sy hanya tidur sejam jer semalam..

~ Rasaiiinnnn lho......

Monday, August 16, 2010

kenangan sentimental.. kehkehkehh sentimental katanya!

Assalamualaikum..

Aktiviti hujung minggu lepas, sabtu.. balik daripada kerja, sy duduk kat rumah menjahit apa yg patut & petangnya sy nak try satu resepi... Ayam Penyet. Sy memang boleh dikatakan selalu tak bernasib baik kalau cuba resepi2 baru.. selalu tak jadi! Nggeeee..

So, berhempas pulas kehulu & kembali ke hilir sambil baca resepi. Yang selalu tak menjadi.. sebab sy suka menderhaka tak ikut resepi, kekekeke.. sy pakai hentam ikui dan memanjang.

Kalau masak lemak cili api tue kena bubuh daun kunyit. Aiiii... menyusahkan. Mana nak cari daun kunyit tue & kekadang kat kedai pon susah nak dapat. Beli seikat, tapi nak pakai sehelai... hat lebih tue nak buat apa.. sentel? Kikikikkk.

Sy akan menderhaka dengan alasan... kita nak makan lauk, bukan nak akan daun kunyit! Jangan disebabkan satu item tak ada, benda tak menjadi & tak perlu susah2 kan diri. Itulah satu sebab kalau sy masak selalu tak jadi cam org lain buat :p

Sama cam buat ayam penyet tue... daun salam & air kelapa muda, sy aci kirim salam ajer lah. Bubuh mana yang ada ajer. Buah keras tue pun... kira nasib baik sy tau mana satu buah pelaga, kalau tidak maunya sy pi bubuh buah pelaga... dok sangka itulah buah keras kehkehkehhh.


~ ayam yang dah dimasak dengan bimbu & tapis

Bergitulah catatan peribadi seorang isteri yang amat rajin ke dapur, selama 33 tahun.. baru sekali nie berkenal mesra dengan buah keras kekdahnya :p


~ dah tapis, lepas tue goreng.. siap!

Menjadilah jugak ayam penyet sy.. rasa cam hat jual kat kedai. Kalau di ikutkan hati nak ajer type ayam penyet sy menjadi lebih sedap daripada hat jual kat kedai.. tapi cam bajet terlebih sudah...

Sambal dia sy buat main pakai bubuh saja. Sebab resepi asal kena bubuh tomato.. kekasih sy masih berpantang lagi. So, lupakan.. resepi tolak tepi & main aci taruk dalam blender ajer. Bukak peti sejuk.. terpegang halia, bubuh halia.. terpegang bawang bubuh bawang. Kalau nak menjadi.. menjadilah.. kalau tidak pakai talian hayat, cicah sos cili kikikikk. Bergitulah episod betapa redhonya memasak di bulan puasa nie, tak boleh merasa bagai.

Tapi lepas habis masak... sy letih sungguh la, sama penyek dengan ayam penyek sy :p

Sy suka nie sbb ayam nie, ayam penyek nie kembaq dengan nasik + ulam2 + sambal. Sy ingat kat kampung nanti.. nak tunjuk skill, raya kedua buat masak ayam penyet nie. Tapi ayam la nie pon sekilo dah RM 7.00 uiiiii mahainya, depa bagi ayam makan apa taktau!

Sebut pasal mahal nie.. teringat sy, raya tahun lepas. Nak buat buhun sup & belilah barang2 kat satu hypermarket nie. Balik rumah baru perasan, bawang goreng sepeket RM 27.00. Esoknya, sy bawak bungkus bawang goreng yg dah pakai separuh tue... pi tunjuk kat customer service kaunter, untuk bawang goreng nie... u tanam bawang nie kat mana?

Kerut ajer budak tue melayan perempuan kerek ntah tetiba dari mana datang tue. Sy nak tau jugak.. kot2 bawang tu pi tanam kat alaska ker, logik jugak mahal. Rupanya, depa salah key-in harga. So, moral value dia... time masing2 tengah sibuk beli utk raya nie, lepas bayar check balik harga.
~ tue dia moral value, pi highlight double check harga.. patutnya, moral value suruh jangan melenting dulu... nngggee.

Aiiii.. panjang sungguh cerita, tue baru sabtu. Ahad paginya.. semua pakat pi pasar pagi. Tambah2 lauk dlm peti sejuk. Lepas tue, bertolak pi Sungai Buluh. Sy nak cari pokok & batu hitam utk buat slab lagi. Batu tue sy nak guna utk buat slab yg bubuh batu utk refleksologi.



Akhir2 nie, jatuh minat pulak nak tanam pokok. Baru sy tau.. cam mana gilanya org yg gila menanam pokok :p Walaupun sy tak berapa pandai tanam.. ingat nak cuba jugaklah. Selain org kata, tanam pokok nie nak kena tengok tangan.. panas atau sejuk, mind set pon termasuk gak kot. Pasai, kalau dok kata.. sy tanam apa pon mampuih, memang mampuihla pokok tue. Kott la nooo... kottt...



... jadinya masa cari pokok tue sy aim pokok yang senang hidup saja. Dan maksud sy itu, pokok yg sy kenal & arwah mak sy pernah tanam. Dua pokok yg mula2 sy beli... sy terlupa nak tanya nama penuh pokok tue. Satu pokok yang kemudian tue... tokey tue bagi tau, nama pokok tue spider lily.

Satu pokok yg sy beli mula2 tue & spider lily nie... terlalu banyak berkait dengan kenangan zaman kanak2 sy. Tetiba... timbul idea, sy nak tanam pokok yg ada kenangan sentimental dengan sy sahaja.. kehkehkehh sentimental katanya!


(sumber : gambar carian internet)

Inilah spider lily yg sy maksudkan. Stigma bunga nie jadi satu permainan masa sy kecik2 dulu. Ambil sorang satu stigma & lawan pukul.. sapa yg jatuhkan benda kuning hujung stigma tue, dialah yg menang. Batang bunga & daun pokok nie.. selalu jugak jadi lauk utk kami main masak-masak dulu :)



Budak2 sekarang tatau cam mana nak main guna bahan2 alam nie. Nanti sy boleh ajar Idris & Ishak cara nak main... tapi mintak2 pokok hidup lah. Hik!


~ rasa cam nak kidnap ajer wakaf depa nie.. lepas raya sy pulangkan balik :p

Sy dok merengek kat kekasih sy.. suh buat wakaf nie satu. Belilah katanya.. tapi serius sy suruh buat sendiri, DIY. So wakaf nie masuk dalam list antara yg nak DIY nanti. Apa barang berbapak & bapak mertua tukang rumah... try lah buat sendiri.
~ lalingggg.. temah cabar u nie :p

Friday, August 13, 2010

saya nak try test skill, hakhakhak..

Assalamualaikum...

Hari nie hari pertama puasa utk sy :p ketinggalan 2 hari nampaknya..
~ penting ayat nie, nanti nak semak balik berapa hari tinggal senang nggeee...

Sy dah try test buat satu biskut simple smlm.. saya nak try test skill, hakhakhak.. skill kekdahnyerr! Dan ini kiranya 1st time sy buat biskut dalam errmm.. seumur hidup. Seeee... rajin sungguh la, mak sapa lah nie :p

Sy tak berapa minat masak kuih2, biskut2 & kek2 nie. Sbb sy bukan jenis asik2 nak mengunyah.. sbb sy kalau lapaq, aim nasik ja :p

So.. masak lauk2 simple2 harian tue sy minat gak la, tapi kalau bab kek2 & biskut2 nie.. aiii tak teringin derrr membuatnyerrr... beli lagi cepat ekk.

Tapi, si Idris nie.. dia suka ke situ. Selalu suruh sy masakkan kek2, biskut2 & kuih2 nie. Part2 pecahkan telur, kacau.. & masukkan bahan, then kacau.... dia sangat suka part tue. Sy tengok, Ishak pon dah sukakan benda yang sama.. dan depa nie akan berebut sampai nangis2 nak tolong kacau sama... pheuwww.


~ masa nie Idris dah merajuk & nangis kat depan.. spatulanya ada satu, pakat berebut...


~ bukti bergambar... oooOOOoo patutlah, choc chip makin berkurang.. ada yg kutip & masuk mulut yerrr...


~ sy panggil Idris & tolong sama2 gentel.. serius Ishak punya jadi panjang2 & comot eeuuww.... fenggsannn mak!


~ air tangan dorang.. adduhhhh. bila dorang ke depan, sy gentel & betulkan balik...

Resepi nie mungkin ok kottt... tapi rasa cam kurang manis, mungkin sy terkurangkan gula sbb sy hati2 sangat tanak dorang makan manis2. I'allah lain kali bleh buat lagi... tapi rasa dulu sebelum bakaq nooo. Nanti org kata.. ambbooiii tuan rumah kedekutnyaaa, biskut tawaq hebiaq.

Raya nanti, mai rumah naa.. kalau nak rasa biskut nie. Tapi kalau tak sedap, tak boleh komplen.. buat taktau ja hohhohhooho...

Thursday, August 12, 2010

'ada polis!'

Assalamualaikum...

Ituhari, masa sebelum puasa.. ada sorang perempuan tue, kata time puasa nie sahur tanak makan nasik, nak sahur susu + nestum + kurma aja, nak bagi kurus sket.. bersungguh2 & bajet cam tobat tanak sentuh nasik time sahur.

Tapi belum posa lagi dah angkat bendera merah dulu.. :p

Dengaq orang lain cerita... sahur tak lalu nak makan etc etc. Tapi sorang perempuan tue laju jugak suap nasik... kes nak meneman org sahur ajer kekdahnya! Sahur pagi tadi makan nasik + sup ayam dan tambah nasik makan ngan belen kari ikan semalam plak. Aduhduhduhhh... lawan dengan cili padi + kicap jer tuh!

Memang susah jadi sorang perempuan dlm rumah nie, apa benda tak habis.. sorang perempuan tuelah nak kena habiskan. Mangsa keadaan nnggeeee..

Status sy sekarang menyiapkan baju & tudung kakak2 sy. Sy ingat nak pos dulu bagi kat depa sebelum raya... kot2 nanti ada yg tak kena, sempat sy betulkan balik. Time2 posa nie, memang banyak idea yg timbul... tapi orang rumah balik tarawih pon dah kul 10.

Anak2 sy nie.. bukan boleh sy masuk bilik jahit. Nanti dua orang nangoi tue, sure ikut & cuit sana sini. Yang besar ambil pembaris buat pedang & yg kecik dok bukak kampoi benang. Kekadang mai angin sy.. sy tutup lampu & keluaq & tgk tv. Hampa dok la dalam bilik tue, tak boleh org buat kerja sket.. depa pon sibuk gak buat kerja, geram tau.

Puasa tahun nie, puasa pertama utk Idris. Kelmarin, sentap jugak dia bila tak leh ngemping..
~ ngemping nie bahasa jawa.. spelling sy tak pasti tapi maksudnya budak yg selalu nak hisap botol susu/susu badan..

.. cuma sy katakan pada dia, puasa sampai abang larat takat mana ajer. Kalau tak larat, mintak susu kat cikgu. Petang smlm, bukan main excited sy tanya, nak tau dia puasa sampai kul berapa. OOiicc... rupanya cikgu pon suruh depa nie puasa, puasa setengah hari ja.. tengah hari dah bagi makan.

Ishak... still lagi ngan peel dia suh bawa naik moto jalan2 sebelum gi sekolah. Smlm, dek kerana hujan sket2... abah dia belikan gula2 & suh kongsi ngan kawan2. So, sekejap ajer pusing2 naik moto. Tapi hari nie, awal2 lagi dia mintak naik motor & jajan. Seee.. dia nie bukan boleh mula. Nanti, mintak hari-hari..

Ada satu petang tue, singgah 99 & beli aiskrim hat saiz kecik tue.. mini apa nama tatau. So, tiap2 hari dia mintak aiskrim tue. Asal sampai kat satu U-turn tue, dia dah tau.. kejap lagi ada 99 & dia dah start mintak aiskrim.
~ aiii kopak la ahkakk, dah la satu rm 7++ kali dengan hari2.. huhhhuhhu.

Lepas tue... yang boleh dia lupa mintak aiskrim nie, bila sy kata... 'ada polis!' tiap kali sampai kat U-turn tue. Si Ishak nie, kalau kata ada polis, automatik dia akan behave, duduk diam2 & pejam mata.. takut kat polis.
~ kehkehkehhh.. dia ingat dia cerdik, ahkak lagi cerdikk.

So, last2 dia terlupa dah mintak aiskrim.. kalau dia mintak pon sy guna tektik yg sama.

Pagi tadi, sy belikan dia jajan & sebungkus lagi utk abang dia petang nanti. Tapi, dek kerana sy baru tahu sy bercuti lagi.. makanya jajan yg sy simpan dlm handbag tue, harus jadi bekalan sy jap lagi!

Hohohoohooooo.... lambat sungguh pukul 1 :p

~ sempat jahit satu helai tudung, syria tapi cutting ariani.. tapi sy pakai tanpa inner (panjang betul nak cerita dalam ayat :p) & sy makin suka pakai tudung nie.. senang pakai & nak jaga. Dan 1st time jugak try twin needle...

Tuesday, August 10, 2010

Pendek kata, baju hampa.. hampa belit lah kot mana pon... jangan tercerut leher dah :p

Assalamualaikum..

Ini lagi sambungan pic kain kembang payung utk kelas jahitan FOC tue..









Ada berbelas jugak yang join aktiviti nie.. tapi yang siap nie saja, hat lain.. WA, ke laut gamaknya :p

Dan sebelum nie sy ada tunjuk gambar baju tidur seksi utk aktiviti 2 kan?

Ini lagi tambahan variasi yang boleh digayakan utk baju tue... gilerr banyak cara nak pakai baju nie... buat baju, tetiba boleh jadi kain la pulak, macam2 boleh jadi!

Pendek kata, baju hampa.. hampa belit lah kot mana pon... jangan tercerut leher dah :p



Monday, August 9, 2010

Kun Faya Kun..

Assalamualaikum..

.. menempuh hari yang sukar. Kalau ikutkan, sy ingin nangis semahunya... i'allah & sentiasa berharap rahmat dari-Dia agar terbuka jalan.

~ Kun Faya Kun..

Friday, August 6, 2010

pelonggaq urat2

Assalamualaikum..

Apa kabar? Sy still rasa cam nak demam, tapi tak demam2 pon.. geram tau, kalau time2 cam gini sy jadi pemalas nak buat keja. Sayang nak bergerak & badan rasa lemau ajer.. makanya satu pon tak bergerak.

Sy ingat kul 5 nanti sy nak gi Kamdarlah. Nak jenjalan.. bagi pelonggaq urat2 nie, manja lebih sangat kot. Bagi keluaq peloh sikit.. duk dlm opes, ekon time2 nak demam nie, lagi badan rasa sakit2 badan.

Sy ingat nak cari kain, buat tudung ajer.. tapi tatau lah, kot2 sy terbeli kain lagi. Hehehehe... ada reunion sekolah sy malam raya nanti. Ingat nak cari lagi sepasang baju kot...

List nak kena buat utk raya:
~ blouse org oder - tinggai nak jait ja lagi, sabtu nie nak setelkan & isnin pos.
~ tudung kak na
~ tukar owning tudung ta.. ada 4 lai
~ baju raya ishak & idris
~ baju reunion kalau ada bajet lebih..
~ kemeja orang rumah.. ada 4 lai
~ ingat cam nak jait langsir biru kalau rajin
~ nak cecuba buat biskut <----- tatau lah menjadik ker tak :p

Thursday, August 5, 2010

'putus sudah kasih sayang'

Assalamualaikum...

Sy dah istihar 'putus sudah kasih sayang' di 'sana'. Kerana sy percaya pada rezeki Allah... sedangkan yg dalam mulut pon kalau tak ada rezeki boleh terkeluar balik yer dakk? Alhamdulillah yang 'sana' tertutup.. yang sini makin terbuka.

.. rasainnn! Berjaga dari kul 4 pagi sampai la nie... rasa fening2 & cam nak demam plak. Rezeki jugak nie.. nanti ada org layan merengek. Hehehehehe.. cuak orang tue bila sy kata, ntah2 sy berisi!
~ nnnngggeee.....lalinggg temah nak demam jer laa :p

Monday, August 2, 2010

...asal musim durian nampak la muka, asal nampak muka musiam durian lah tue

Assalamualaikum..

Jumaat lepas, lepas balik keja.. pi ambik MIL sy kat tempat keja dia di Bukit Raja. Dia nak ikut kami gak, balik kg. Masa tue pulak hujan renyai sikit & jalan nak ke Bukit Raja, punya la menyakitkan hati... jammed!

Sampai kat Sungai Buluh, makan.. memasing dah kebulur! Lepas isyak baru sambung jalan & sampai Taiping dalam kul 1.30 pagi..

.. cam biasalah, sampai terus check-in kat rumah abang sy kat Kg. Pak Darus, Simpang. Abang sy nie tukang rumah, kami dapat check-in bilik baru kali nie. Dia memangg.. dah namanya tukang, asikk sambung rumah ja dia! Geram tauu! :p

Sembang2, masa tue dah 2 pagi.. depa bawak keluaq mee udang la pulak. Laaa, dah pesan jangan masak pape, tapi apa nak dikata.. balun tetap balun! Nggeee.. Idris yang mata dah layu pon pulun semacam.

Esok paginya, lepas sarapan & isi NGV kat Aulong.. balik kampung. Tapau bawa balik mee udang utk kakak sy, tapi sampai kampung... sy kejan kakak sy pekena mee udang, sy pon join pekena sekali. Harharhar..

Tengah hari tue.. kami masak sup ayam, kerang rebus + cicah cili kicap. Lauk simple ja, tapi sy belasah bukan main.. pasal makan ramai2 & cili tue pokok kakak sy tanam. Sedap & lajak sungguh makan.. dah habis makan, tak leh bangun.. meratah la pulak :p

Petang tue dalam kul 3, kami bertolak pi Batu Kurau. 2 bijik kereta, satu van.. konvoi pencarian durian ke Kg. Batu Kurau. Tuan rumah, abang kepada kakak ipar sy. Memula sy ingat kena pi kutip kat pokok.. bila tanya abang sy, sah2 kena gelak. Katanya, durian kat sana pokok atas bukit. Bukit tue pon tinggi.. bila naik & turun jajak tanah pon rasa menggigil kaki... katanya.

Oiiiccc.. takyahlah, nanti patah riuk plak sy balik Klang :p


~Ishak pon balun jugak durian..
~tueee diaaa... mana nak larikk, dapat jugak pic orang Mesir! :p


~ hat orang kuat belah durian tue, siap keluaq aura mengetaq lagi.. takutt :p
~MIL sy & kekasih sy... depa mmg handal makan durian

So kami sampai, belasah buah yg pagi. Sementara tunggu buah petang turun.. ingat nak pi mandi kat air terjun Sempeneh dulu. Tapi bila sampai, airnya laju & keruh.. hujan di hulu sungai. Siannn lah kat kami semua. Punyalah beria pakat bawak baju spare, yang dah pakai seluaq pendek pon ada.. konon2 nak mandi ayaq terjun. Tak der rezeki lah nie...


~hujan kat hulu, apa nak buat.. tapi jalan/titi tue sy seriau sungguh rasa cam nak jatuh pon ader, biasalah sy kan overdose penakut :p

.. apa nak buat, gerak balik ke ke Kg. Repuh. Ambil buah.. dapat dalam 2 gundi baja. Sukerrrrr!

Gerak balik, maghrib kat jalan & terus pi Kubu Gajah. Sy ingat nak payung makan mee bandung. Kalau kat kg, bab payung memayung nie.. tak terasa sangat, mee bandung 11 orang makan + air.. tak sampai RM 40.00. Gila murah kan?


~mee bandung di Kubu Gajah
~menu petai rebus, sambal belacan + tempoyak... tengoklah pinggan yg lincin tue, tapi jangan tanya pinggan bekas sapa tue... ekekkekekee

Gerak balik, dalam kereta... sy bg tau kat kakak sy. Mee tue mee jugak.. kita nak kena pekena nasik gak mlm nie. Pasai, masa singgah pekan Batu Kurau, sy dah rembat petai. Ingatnya nak tumbuk sambal belacan, buat petai rebus, palit tempoyak pulak... ikan goreng saja pon dah cukup. Aduhduhduhhhh... benar bagai di kata. Makan ramai2... punya berlawan tambah, sendat perut2. Hehehehheheee... mak mertua tengok gelek kepala pon gamak buat tak nampak! Meahahahaha... tapi MIL sy sporting! Nggeeee....

Balik rumah, tido & esok paginya.. masing2 siap pi pekan ahad Sungai Gedong. Sejuk sungguh pagi kat kampung. Sy pi pekan tak mandi pon, ambil syarat yg penting2 saja heheheh. Pi sana sy, kakak & MIL sy... hilang ingatan pakat beli tudung syria. Puncanya sy tgk tudung yg kakak sy beli. Tawar2 & beli banyak dapat RM 10.00 seheli.


~menu: kari puyu, sambal belacan, rebus pucuk kaduk, kerabu kacang panjang..
~tudung syria, yg baru beli bersama baju raya tahun nie, aisehhh printednya membuatkan nampak boroi plak... ker memang boroi?..... ahkak nangiissss!

Sy ingat nak pakai tudung style cam nie pulak. Tudung syria, tapi labuh & cutting cam ariani... tapi sy pakai tak payah pakai inner. Agak sesuai utk bentuk muka petak sy... pakai tudung nie, nampak lah panjang sikit muka.
~ nampak kurus sket :p , ingat nak pi kamdar bila2 beli kain.. rasa2 kalau buat sendiri pon ok gak.

Balik rumah.. cepepat masak, sbb plan nak balik Klang lepas makan. Sy masak kailan ikan masin, kakak sy buat kerabu kacang panjang + ikan masin, kari ikan puyu , rebus daun pucuk kaduk, sambal belacan... sekali lagi terangkat!

Bertolak balik lepas zohor. On the way nak pi isi NGV kat Aulong.. kakak sy telefon, ikan pekasan tertinggal. Sempat dia hantar kat tol Air Putih sementara sy pi isi NGV. Ada lah rezeki lauk ikan pekasam utk bulan posa nie. Sampai Klang dah maghrib.. keluar makan & Isyak baru sampai rumah. Puas hati tullah balik kg kali nie.. padat sungguh & banyak yg berhasil.. sampai sendat satu kereta!

Dah lama sebenarnya tak pi Batu Kurau nie.. tak ada sedara mara kat sini, tapi sedara tumpang2 belah kakak ipar shj. Sib baik jugak ada kebun durian, bleh jugak tenggelam timbul... asal musim durian nampak la muka, asal nampak muka musiam durian lah tue, kata Ustad Kazim.

.. memang mantopp!



Assalamualaikum..

Cakap banyak takder, durian kampung repoh.. memang mantopp!

Sy bawak balik Klang, 2 gundi bajaaa!
~Mabukkkk..